ALOR SETAR,10 Mac - TPj Dato' Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah telah membuat kunjungan hormat ke pejabat YAB Dato’ Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir , Menteri Besar Kedah di Wisma Seri Negeri, Alor Setar,Kedah pada hari ini.

Kunjungan adalah bagi meningkatkan lagi kerjasama di antara SPRM Negeri Kedah dengan Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha membanteras rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan. Turut dicadangkan adalah untuk mewujudkan satu Task Force dengan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (JITU) Kedah bagi usaha menangani isu-isu berkaitan salahlaku penjawat awam di Negeri Kedah.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah Pencegahan dan Ps Mohd Zaini Hassan, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Kedah.

Hit: 830