KUCHING, 25 Feb - Pengarah SPRM Sarawak, TPj Razim Bin Mohd Noor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk bercadang kepada Kerajaan Negeri Sarawak supaya melaksanakan perisytiharan harta bagi semua Ahli-ahli Parlimen Sarawak dan Ahli Pentadbiran Parti Gabungan Sarawak (GPS) sepertimana yang disarankan oleh Pusat Governans, Integriti Dan Anti Rasuah (GIACC).

YAB Ketua Menteri Sarawak telah bersetuju untuk menyahut cabaran sepertimana disarankan oleh GIACC. YAB Ketua Menteri Sarawak juga berhasrat untuk cadangan ini dipanjangkan sehingga ke peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di seluruh Negeri Sarawak.

 

Gambar ihsan daripada laman Facebook Sarawakku

Hit: 662