TNB2

  

KUALA LUMPUR, 28 Januari – Kira-kira 60 Pegawai Atasan Syarikat Subsidiari Tenaga Nasional Berhad (TNB) beserta pengurusan tertinggi TNB telah menghadiri Taklimat Liabiliti Korporat yang telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Kajian dan Informasi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) SPRM PKPj Siti Zakiah Che Man.

Taklimat dua jam yang bertajuk 'Seksyen 17 A: Implikasi Dari Segi Undang-Undang’ telah disampaikan sempena ‘Seminar TNB Corporate Integrity Management System - Strengthening Integrity Through Good Corporate Governance’ anjuran Unit Integriti TNB di Connexion Conference and Event Centre, Kampung Kerinchi pada 24 Januari yang lalu.

Taklimat menyentuh kegunapakaian Seksyen 17A, penalti, pembelaan, Garis Panduan Tatacara Mencukupi, peranan stakeholders dalam syarikat, komitmen daripada pihak atasan, kawalan dalaman, penilaian risiko rasuah dan penerangan mengenai Kes Skansen.

Sesi Soal Jawab turut diadakan selepas Taklimat tersebut dan menyentuh isu-isu seperti penggunaan surat sokongan oleh kontraktor, tuntutan palsu, penerimaan dan pemberian hadiah, kes-kes rasuah syarikat GLC/ Telekomunikasi, keazaman politik kerajaan untuk memerangi rasuah dan sebagainya.

Akhir sekali, Unit Integriti TNB memohon supaya Taklimat ini turut disampaikan kepada kesemua pegawai, staf dan kakitangan TNB dalam masa terdekat untuk meningkatkan tahap pemahaman dan kesedaran masing-masing berkaitan Liabiliti Korporat.

Unit Integriti TNB mencadangkan supaya Taklimat Liabiliti Korporat yang akan datang diadakan di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Kajang. 

Hit: 666