PUTRAJAYA, 23 Jan – TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM telah membuat kunjungan hormat ke atas Dato' Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada pagi ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah penganjuran program antirasuah secara bersama melibatkan KPLB dan agensi-agensi di bawahnya seperti MARA, KEMAS, KEJORA, KESEDAR, KEDA, KETENGAH dan PERDA.

Selain itu, dicadangkan juga Modul khusus di peringkat Tabika KEMAS, Program Komuniti dengan Pusat Komuniti Desa, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung serta kempen-kempen memerangi rasuah dilaksanakan.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah PKPj Samsul Salip, PPj Suryani Ali, Ps Hisyam Mokhtar serta Puan Hafizah dari Unit Integriti KPLB.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
6
Semalam
47
Minggu Ini
6
Bulan Ini
742

Keseluruhan
3425898