KUCHING, 21 Jan- TPj Razim Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Syafiq Anas Abdullah, Pengarah JPJ Negeri Sarawak di Bilik Pengarah, Ibu Pejabat JPJ Negeri Sarawak Kuching, Sarawak.

Antara perkara utama telah dibincangkan adalah berkaitan pelaksanaan program berkaitan pencegahan rasuah dan peningkatan integriti yang boleh dilaksanakan secara kerjasama serta cadangan untuk mengaktifkan Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) di peringkat JPJ Negeri Sarawak.

Hadir bersama dalam kunjungan hormat tersebut ialah KPKPj Haji Abdul Razak Deraof, Timbalan Pengarah Operasi; PKPj Zulhairy Zaidel, Timbalan Pengarah Pencegahan, Tn Albert Clement, Ketua Seksyen Penguatkuasa JPJ Sarawak serta Penolong-Penolong Pengarah Bahagian di JPJ Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
53
Semalam
48
Minggu Ini
53
Bulan Ini
1046

Keseluruhan
3427657