KUALA TERENGGANU, 20 Ogos 2018 –Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Negeri Terengganu mempersetujui enam cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Negeri Terengganu berhubung pengurusan dan pengendalian kutipan fi pemuliharaan Taman Negara.

Pengarah JTLM Negeri Terengganu Muhammad Nur Ashry Bassari telah mempersetujui kesemua syor penambahbaikan tanpa sebarang pindaan dan memberikan komitmen untuk melaksanakan kesemua syor.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah SPRM Negeri Terengganu PPj Zainal Ayob di Pejabat JTLM di Kuala Terengganu pada 8 Ogos 2018.

Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

  • JTLM perlu memperincikan proses kerja berkaitan pengurusan dan pengendalian kutipan fi Pemuliharaan Taman Laut di dalam Garis Panduan Kutipan Fi.

  • JTLM perlu mengemaskinikan Manual Prosedur Kerja (MPK) dan juga Fail Meja (FM) berhubung proses kutipan fi agar lengkap dan selari dengan proses kerja kutipan fi sebagaimana Buku Garis Panduan Kutipan Fi.

  • Penetapan pada 1.6 Mukasurat 10 Buku Garis Panduan Kutipan Fi berkaitan tanggungjawab Ketua Pusat/ Ketua Daerah/ Pegawai Penyelia perlu dipinda, dengan memansuhkan arahan berkaitan kebenaran merancang kaedah kutipan terbaik bagi Fi Taman Laut.

  • JLTM perlu memasukkan di dalam Buku Garis Panduan Kutipan Fi elemen pematuhan oleh warga JLTM terhadap Buku Garis Panduan Kutipan Fi ini.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
58
Minggu Ini
194
Bulan Ini
652

Keseluruhan
3442332