SEREMBAN, 16 Ogos 2018 – Angkatan Tentera Malaysia (Batalion E 66) Rejimen Ke-4 Artileri Diraja (4RAD) Kem Sikamat Negeri Sembilan menyambut baik enam cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Negeri Sembilan berhubung dengan tuntutan pembayaran elaun perjalanan dari tempat kediaman ke tempat bertugas untuk anggota tentera.

Sesi Soal Jawab dan Runding Cara berkaitan inisiatif penambahbaikan terhadap isu tuntutan pembayaran elaun perjalanan telah dihadiri oleh Komander Artileri Divisyen 3 Brigedier Jeneral Ahmad Abu Bakar, Pegawai Memerintah Rejimen Ke-4 Artileri Diraja Leftenan Kolonel Ahmad Daud Haji Mustapa, Pemangku Ketua Staf Leftenan Kolonel Zulmajdi Yunus, Pemangku Pegawai Memerintah 2 RAD Mejar Mohd Fadlan Yusoff, Penolong Pegawai Memerintah 7 RAD Mejar Zakaria Sabu@Din, Pegawai Memerintah 21 RAD Leftenan Kolonel Faizul Halil Abdul Amidon dan Mejar Yoong Soon Kiong.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan KPKPj Ramli Ismail telah mengetuai Sesi Soal Jawab dan Runding Cara ini bersama Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Sembilan PPj Yasmin Azura Yahya, Ketua Unit UPMP Negeri Sembilan PsK Siti Zubaidah Mohd Yusof dan PKPs Ng Lap Ken.

Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

  • Dicadangkan supaya penambahan dokumen sokongan yang dapat mengesahkan samada pegawai / anggota yang layak dan tidak layak menuntut dikepilkan bersekali dengan tuntutan yang dibuat.

  • Disyorkan juga supaya pembayaran tuntutan dibuat secara terus masuk ke dalam akaun bank anggota dan pegawai yang menuntut.

  • Dicadangkan konsep pengagihan kuasa seharusnya dipegang oleh pegawai yang berasingan. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan mekanisme ‘check and balance’ dalam tadbir urus kewangan di 4RAD. Sekiranya, 4RAD tidak mempunyai kemahiran dalam hal kewangan dan pentadbiran, disarankan pegawai kader skim perjawatan N dan W ditempatkan di kem.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
58
Minggu Ini
193
Bulan Ini
651

Keseluruhan
3442331