PAHANG, 15 Ogos –TPj Mohamad Fauzi bin Husin, Pengarah SPRM Pahang telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Pahang pada pagi ini.

Antara isu yang dibicarakan dalam kunjungan ini adalah perbincangan berkaitan aspek integriti melibatkan improper payment dan masalah tadbir urus di kalangan penjawat awam di Negeri Pahang.

Selain itu turut diutarakan mengenai corporate liability dan pemberian hadiah di kalangan penjawat awam serta kerjasama strategik dalam aktiviti pencegahan dan operasi penguatkuasaa secara sepadu.

Turut hadir dalam majlis ini Encik Azunan bin Daud, Pengarah Audit Negeri Pahang; KPKPj Ab Muniem b Ibrahim, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pahang, Encik Sadman Sikk Kopit ,Timbalan Pengarah Audit, Puan Kamariah bt Bapoo, Ketua Penolong Pengarah Audit dan Ps Nurazlin bt Samaredin, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
49
Semalam
54
Minggu Ini
258
Bulan Ini
1221

Keseluruhan
3432384