PUTRAJAYA, 14 Ogos - Agensi audit Oman, State Audit Institution of Oman (SAI) mengiktiraf kepakaran dan amalan baik yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berjaya melaksanakan pelbagai program pencegahan rasuah di peringkat antarabangsa.

Perkara itu dinyatakan oleh delegasi SAI ketika mengadakan pertemuan bersama SPRM bagi membincangkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Lawatan ini diwakili oleh Timbalan Pengerusi SAI, H.E Nasser H Al Rawahy dan Pengarah Latihan SAI, Said Al Hajri.

Program ini akan memfokuskan kepada agensi pencegahan rasuah di negara Asia Barat dan intipati yang ingin dikongsi seperti liabiliti korporat, perolehan semula aset dan juga inisiatif-inisiatif pencegahan rasuah yang selaras dengan terma Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC).

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan (BDPP), Dato' Nor Azmi Karim, Timbalan Pengarah BDPP, KPKPj Karunanithy Y. Subbiah, Ketua Cawangan Perhubungan Antarabangsa, PPj Nik Nurzai Mohd Zainuddin dan Timbalan Ketua Cawangan Perhubungan Antarabangsa, PPj Premraj Victor.

Turut hadir, PPj Shamina Ali, mewakili Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC).

Terdahulu, delegasi SAI juga turut mengadakan kunjungan hormat dengan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
47
Minggu Ini
24
Bulan Ini
987

Keseluruhan
3432150