KUALA TERENGGANU, 26 Julai – KPKPj Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah SPRM Terengganu telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat Haji Yahaya bin Ali, YB Speaker DUN Terengganu pada pagi ini.

Dalam pertemuan ini, dibincangkan berkaitan dengan isu-isu integriti, program-program pencegahan rasuah serta penerangan berkenaan tugas-tugas yang dijalankan oleh SPRM Terengganu.

YB. Haji Yahaya telah menzahirkan sokongan padu kepada SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah dan akan terus cakna terhadap isu-isu berkaitan dengan rasuah dan integriti di Negeri Terengganu.

Beliau juga berhasrat untuk berkerjasama dengan SPRM Terengganu untuk mengadakan program-program penerangan berkenaan undang-undang dan pencegahan rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri (EXCO) termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
47
Minggu Ini
26
Bulan Ini
989

Keseluruhan
3432152