Kota Kinabalu, 15 Februari - Jabatan Perikanan Sabah telah bersetuju dengan syor SPRM Sabah untuk menambahbaik dan mengemaskini ‘SOP Pengurusan, Penyelenggaraan Dan Penjagaan Kapal Jabatan Perikanan - Pindaan 2013’ kepada semua Pejabat Perikanan Daerah.

Jabatan berkenaan juga telah mengeluarkan arahan pemakaian SOP yang telahpun dikemaskini dan akan diedarkan ke Pejabat-Pejabat Perikanan Daerah seluruh Sabah untuk digunapakai.

”Kita akan melaksanakan cadangan-cadangan yang disyorkan bagi menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di Jabatan Perikanan Sabah,” kata Talib Hassan, Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Marin.

Beliau menyatakan persetujuan untuk melaksanakan kesemua cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP), SPRM Sabah semasa sesi pembentangan khidmat nasihat hasil-hasil penemuan berhubung pemeriksaan isu pengurusan pergerakan bot jabatan oleh Pejabat Perikanan Daerah Semporna, Sabah.

Dalam sesi pembentangan itu, sebanyak 7 cadangan telah disyorkan bagi menambahbaik lima kelemahan yang telah dikenalpasti setelah pemeriksaan yang dijalankan baru-baru ini.

Sesi Pembentangan ini dihadiri oleh KPKPj Wan Mohd. Faizul Jaafar, PKPj Zulkefle Abd. Hamid, PPj Hasmani Hassan, Ps Maysara Mohammad, PKPs Wan Nazarkiah Wan Mohammad dan PKPs Jasni Gayung manakala Jabatan Perikanan Sabah diwakili oleh Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Marin Talib Hassan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
51
Semalam
47
Minggu Ini
146
Bulan Ini
555

Keseluruhan
3430178