Kuantan, 9 Februari – Majlis Perbandaran Kuantan menyambut baik kesemua cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Pahang berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja pelanjutan tempoh pembinaan projek kerajaan oleh Majlis Perbandaran Kuantan.

Majlis Perbandaran Kuantan telah memberikan komitmen untuk mengambil tindakan selanjutnya serta melaksanakan syor-syor penambahbaikan yang dicadangkan bagi memastikan imej jabatan tidak tercalar.

Sesi Khidmat Nasihat yang telah dijalankan Selasa yang lalu dihadiri oleh Pengarah SPRM Pahang, Dato’ Azmi Kamaruzaman serta pegawai-pegawai SPRM Pahang manakala Majlis Perbandaran Kuantan diwakili oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dato’ Fadzilla Bin Haji Salleh serta pegawai-pegawai tertinggi yang lain.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
45
Semalam
50
Minggu Ini
303
Bulan Ini
552

Keseluruhan
3440608