upmpkedah

 

ALOR SETAR, 9 Februari – Syor penambahbaikan UPMP SPRM Negeri Kedah kepada Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) dan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah supaya menyelaraskan penggunaan Undang-Undang Kecil dan Enakmen Pusat Hiburan di seluruh negeri Kedah telah dipersetujui.

Syor berkenaan adalah hasil pemeriksaan UPMP SPRM Negeri Kedah dengan membuat pensampelan di beberapa PBT dan Pejabat Daerah berhubung isu rumah urut dan pusat karaoke dan didapati pelaksanaan pengeluaran lesen dan penguatkuasan di setiap daerah adalah berbeza.

Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Kedah PPj Azizul Mohamad telah membentangkan beberapa cadangan penambahbaikan berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja pengeluaran lesen rumah urut dan penguatkuasaan ke atas aktiviti rumah urut dan pusat karaoke oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah.

Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) dan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah telah menerima baik kesemua cadangan penambahbaikan yang telah dibentangkan. Komitmen persetujuan ini dibuat hasil perbincangan meja bulat (RTD) dan khidmat nasihat daripada UPMP SPRM Negeri Kedah.

Pembentangan tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan, Wisma Darulaman awal minggu ini.

Wakil-wakil dari PDRM, Imigresen dan PBT yang turut hadir bersama telah bersetuju untuk mengangkat 9 cadangan tersebut ke peringkat pengurusan tertinggi untuk mendapatkan pandangan lanjut bagi mengatasi isu berkenaan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
45
Semalam
50
Minggu Ini
296
Bulan Ini
705

Keseluruhan
3430328