PUTRAJAYA, 4 Januari – Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKTPG) bersetuju mewujudkan satu garis panduan umum yang jelas dalam menentukan kaedah terbaik untuk melaksanakan pemilihan Pelelong Awam Berlesen.

Komitmen persetujuan ini dibuat hasil Round Table Discussion (RTD) berhubung Amalan, Sistem Dan Tatacara Kerja Pemilihan Pelelong Awam Berlesen di Pejabat Tanah Dan Daerah Yang Membuka Ruang dan Peluang Rasuah, Salahguna Kuasa Dan Penyelewengan.

RTD ini diadakan hasil dari khidmat nasihat yang diberikan oleh pihak BPMP kepada Pejabat Tanah dan Galian yang mencadangkan agar satu garis paduan jelas berhubung pelantikan pelelong awam dan penseragaman Caj Kiraan Lelong digunapakai di semua Pejabat Tabah dan Daerah.

Ini bagi mengelakkan penggunaan kuasa budi bicara di samping menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Perbincangan juga bersetuju agar satu lagi perjumpaan dilaksanakan dengan stakeholder seperti Persatuan Pelelong dan Pejabat Tanah untuk mendapatkan pandangan.

Sebelum ini BPMP telah menjalankan pemeriksaan dengan membuat persampelan di beberapa Pejabat Tanah dan Daerah berhubung pelantikan pelelong awam dan didapati ada pendekatan berbeza antara pejabat tanah dan daerah, samaada perlantikan secara secara rawak atau secara giliran.

Keadaan ini wujud kerana tiada garis panduan bertulis berhubung pemilihan Pelelong Awam Berlesen di Pejabat Tanah dan Daerah yang menjalankan aktiviti lelongan awam dan terdapat perbezaan berkaitan pengiraan Caj Kiraan Lelong di setiap negeri.

Hadir bersama adalah wakil daripada Pejabat Tanah dan Daerah Kota Setar, Pejabat Tanah dan Galian Kedah, Pejabat Tanah dan Daerah Seremban, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat.

Perbincangan juga bersetuju agar satu lagi perjumpaan dilaksanakan dengan stakeholder seperti Persatuan Pelelong dan Pejabat Tanah untuk mendapatkan pandangan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
17
Semalam
53
Minggu Ini
218
Bulan Ini
627

Keseluruhan
3430250