PUTRAJAYA, 21 Disember – Versi baru Ikrar Integriti Korporat (CIP) yang bakal dilancarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM pada tahun hadapan akan memastikan pematuhan syarikat-syarikat swasta kepada inisiatif-inisiatif anti-rasuah, tegas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Dato’ Hj. Shamshun Baharin Mohd Jamil.

“Kita akan pastikan syarikat-syarikat bukan sahaja sekadar memeterai Ikrar tersebut tetapi akan turut melaksanakan pematuhan kepada kesemua inisiatif yang terkandung di dalamnya.

“Terdapat tambahan beberapa elemen baru dalam CIP baru ini. Walau bagaimanapun, inisiatif-inisiatif CIP yang sedia ada turut diambil kira,” ujar Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) selaku Pengerusi Meja Bulat Sistem Integriti Korporat Malaysia (RTD CISM) semasa Mesyuarat RTD CISM Siri 31 Bil. 3 Tahun 2017 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) turut mengingatkan ahli-ahli RTD CISM bahawa pelancaran versi baru CIP ini masih tertakluk kepada pengumuman Ketua Pesuruhjaya SPRM dan dijangka pelancaran inisiatif ini dilaksanakan pada awal tahun hadapan dengan nama baru.

Antara ahli-ahli Meja Bulat CISM selain pegawai Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, adalah Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) Pn. Fairin Huda Binti Faivdullah, Pengurus Kanan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Tn. Mohamad Nor Azizi Bin Mohd Nasir, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia Pn. Norhaiza Binti Jemon serta Timbalan Presiden Pemandu Associates, Tn. Dhanendra Sivarajah.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
25
Semalam
54
Minggu Ini
237
Bulan Ini
285

Keseluruhan
3429908