PUTRAJAYA, 9 Disember – SPRM dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan program Larian dan Kayuhan GERAH (LANGKAH 2017) di Tapak Hot Air Balloon sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) hari ini.

Sambutan yang dilancarkan oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM itu disertai oleh 600 peserta dalam acara larian 5 kilometer dan kayuhan basikal 10 kilometer.

Program LANGKAH sempena sambutan HARA 2017 ini memberi fokus kepada peningkatan kesedaran masyarakat tentang bahaya rasuah serta memberi pendedahan berhubung HARA.

Turut diadakan pada program ini ialah aktiviti kecergasan zumba oleh Zin Ean Harris dan sesi persembahan artis oleh Hazama dan Nana Sheme.

Aktiviti pagi ini turut dimeriahkan dengan penyertaan oleh Tan Sri Dzulkifli, Dato’ Sri Jamidan Abdullah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) serta pegawai-pegawai kanan SPRM dari ibu pejabat dan negeri.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
51
Semalam
47
Minggu Ini
146
Bulan Ini
555

Keseluruhan
3430178