KUALA LUMPUR, 13 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan inisiatif menyebarluas mesej anti-rasuah melalui kolaborasi bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan pelancaran Kempen Gerakan Revolusi Anti-Rasuah (GERAH) dan Kempen 3J (Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle) di ruang legar Terminal Bersepadu Selatan hari ini.

Pihak MARA menunjukkan komitmen untuk terus bersama SPRM memerangi rasuah dengan tajaan melitupi tiga buah bas MARA Liner bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor, Kedah dan Perlis untuk menyebarluas mesej anti-rasuah kepada pengguna jalan raya.

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan boring Sahabat GERAH oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Awang Adek Husin, yang berkata kempen GERAH dan 3J ini ialah tanda kebersamaan dan bukti sokongan terhadap usaha memerangi rasuah bersama SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
50
Minggu Ini
275
Bulan Ini
684

Keseluruhan
3430307