BANGSAR, 12 Sept - Bersempena dengan sambutan 50 tahun penubuhan SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad, Dato Azmi Abdul Aziz, telah melancarkan Kempen Pencegahan Rasuah di Pengangkutan Awam melalui pemaparan mesej-mesej anti-rasuah di dalam dan luar gerabak LRT 2-koc di laluan Kelana Jaya.

Pada majlis yang berlangsung di LRT Bank Rakyat-Bangsar ini, Tan Sri Dzulkifli turut melancarkan logo ulangtahun jubli emas SPRM yang menampilkan nombor '50' berlatar belakangkan warna hitam dan emas bersama slogan 'Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah'. Di samping itu, beliau memuji inisiatif oleh Prasarana Bhd yang menunjukkan tanda kebersamaan dengan SPRM melalui projek balutan tren ini, yang juga ditawarkan secara percuma.  

Dato Azmi pula mengalu-alukan kolaborasi dengan SPRM ini dengan harapan agar inisiatif ini dapat membantu menyebarluas mesej anti-rasuah kepada pengguna tren yang merangkumi pelbagai lapisan umur dan masyarakat.

Seterusnya, Tan Sri Dzulkifli dan Dato Azmi, diikuti dengan pegawai-pegawai kanan SPRM dan Prasarana, menaiki tren tersebut ke LRT Masjid Jamek, di mana majlis tamat. 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
44
Semalam
47
Minggu Ini
354
Bulan Ini
1317

Keseluruhan
3432480