JELEBU, 26 Ogos – Program Ziarah Kasih siri ke-3 anjuran SPRM disambut meriah oleh kira-kira 5,000 orang penduduk dari empat buah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Daerah Jelebu iaitu Chennah, Pertang, Sungai Lui dan Klawang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, program berkenaan diadakan bertujuan agar SPRM dapat bersama rakyat sekaligus mendekati mereka selaras dengan slogannya iaitu ‘Mesra Rakyat, Digeruni Perasuah’.

Pada majlis tersebut, pelbagai aktiviti diadakan bagi menjalin dan merapatkan hubungan dan kerjasama antara pegawai dan penduduk, seperti pertandingan melukis, memasak dan gubahan serta acara-acara sukan rakyat seperti boling kelapa, terompah gergasi dan kerusi muzik.

Selain itu, sebanyak 4,000 bungkusan sumbangan berbentuk barang keperluan dapur turut diberikan kepada penduduk-penduduk di empat kawasan DUN tersebut.

Lebih menarik, program Ziarah Kasih kali ini juga telah Berjaya mengumpulkan seramai 2,000 ahli baru Sahabat GERAH sebagai tanda sokongan dan bantuan kepada SPRM untuk melapor dan membanteras sebarang jenayah rasuah.

Turut memeriahkan program ini ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato Sri Mohd Jamidan Abdullah; ADUN Pertang, YB Dato Jalaluddin Alias; ADUN Klawang, YB Dato Yunus Rahmat; ADUN Sungai Lui, YB Mohd Razi Mohd Ali serta Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
27
Semalam
54
Minggu Ini
239
Bulan Ini
287

Keseluruhan
3429910