BAHAU, 28 Ogos – Bersempena dengan Program Ziarah Kasih siri ke-3 yang berlangsung di Negeri Sembilan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dengan berbesar hatinya menerima jemputan kira-kira 400 orang peneroka Kampung Serampang Indah, atau dikenali sebagai Gatco di sini bagi mendengar keluhan dan permasalahan mereka.

Datuk Dzulkifli berkata, SPRM perlu membuat penilaian dengan lebih teliti tentang isu rasuah yang berkemungkinan wujud dalam masalah yang disuarakan oleh penduduk-penduduk berkenaan.

Isu tanah Kampung Gatco berkenaan bermula pada tahun 1977 apabila peneroka membuat perjanjian dengan syarikat Great Alonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) berkaitan skim pemilikan tanah para ahlinya.

Pada 2013, peneroka mula mengambil tindakan undang-undang mencabar proses pembelian tanah Gatco oleh syarikat Thamarai Sdn Bhd yang masih belum selesai sehingga kini.

“SPRM akan melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius dan tindakan yang sewajarnya akan diambil, termasuklah menubuhkan jawatankuasa khas siasatan berhubung isu ini”, ulasnya semalam.

Datuk Dzulkifli juga menegaskan bahawa SPRM perlu menjadi agensi rakyat yang menjaga hak dan kepentingan mereka daripada agensi-agensi yang menyalahgunakan kuasa mereka sehingga menindas rakyat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
4
Semalam
47
Minggu Ini
302
Bulan Ini
711

Keseluruhan
3430334