PUTRAJAYA, 18 Julai – Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, telah menerima kunjungan hormat daripada Mantan Pesuruhjaya Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong, Bertrand de Speville di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Pertemuan dua hala yang diadakan di Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM itu bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran agensi masing-masing dalam memerangi jenayah rasuah.

Pada masa yang sama, lawatan ini turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk saling bertukar pandangan dan pendapat berkenaan aktiviti rasuah dan pencegahan rasuah.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
47
Semalam
50
Minggu Ini
298
Bulan Ini
707

Keseluruhan
3430330