KUCHING, 18 Julai – SPRM Sarawak telah menganjurkan Majlis Jalinan Mesra Rakan Strategik SPRM Sarawak bertempat di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Kuching, hari ini. Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan serta jalinan kerjasama di antara SPRM Sarawak dan jabatan- jabatan kerajaan, swasta serta agensi bukan kerajaan di negeri Sarawak.

Pengarah SPRM Sarawak, YBhg. Dato’ Badrul Shah bin Norman telah menyempurnakan perasmian majlis ini. Kira-kira 200 orang jemputan terdiri daripada ketua-ketua agensi kerajaan, swasta serta pelajar-pelajar IPTA di sekitar Kuching hadir pada majlis ini.

Turut bersama hadir bagi memeriahkan program ialah KPKPj. Rosley bin Mohamad Satar, Timbalan Pengarah (Operasi), PKPj. Zulhairy bin Zaidel, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak, Ketua-Ketua Cawangan, Pegawai dan kakitangan SPRM Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
21
Semalam
48
Minggu Ini
69
Bulan Ini
478

Keseluruhan
3430101