KUALA LUMPUR, 25 Mei – Malaysia menerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Forum Agensi Anti-Rasuah Ke-8 yang berlangsung selama bermula 24 Mei bagi menjalin kerjasama dan berdialog untuk memerangi rasuah di rantau Asia-Pasifik.

Forum dua tahun sekali ini bertemakan “Peranan Masyarakat Memerangi Rasuah dan Membina Integriti” dan dirasmikan oleh Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Antara Negara yang terlibat dalam forum ini ialah Malaysia yang diwakili oleh SPRM, Indonesia yang diwakili Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK), Korea diwakili Anti-Corruption & Civil Rights Commission (ACRC), Taiwan diwakili Agency Against Corruption (AAC), Brunei diwakili Biro Mencegah Rasuah (BMR) dan Singapura yang diwakili Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB).

Hari pertama forum menyaksikan pembentangan kertas kajian oleh agensi-agensi ini yang merangkumi tajuk-tajuk seperti penempatan pegawai integriti ke  arah organisasi bebas rasuah, peranan agensi dalam membina kerjasama bersama masyarakat serta trend dan pengajaran dari kes-kes lalu untuk mengesan dan mencegah rasuah.

Program pada hari kedua pula melihat pembentangan kertas oleh ahli pemerhati agensi dari Malaysia yang diwakili Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Indonesia Corruption Watch dan Transparency International Korea.

Forum ditutup dengan perbincangan terbuka dan ucapan penutup oleh Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
46
Semalam
50
Minggu Ini
297
Bulan Ini
706

Keseluruhan
3430329