BALING, 18-19 Februari – Sokongan padu dan kerjasama yang diberikan oleh masyarakat Kampung Sadek kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memeriahkan lagi Program Ziarah Kasih yang berlangsung di sini minggu ini.

Program yang julung kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan dengan penyertaan 400 penduduk kampung seawal jam 6 pagi bagi persiapan program kemasyarakatan itu.

Program yang diilhamkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut turut disertai pengurusan tertinggi serta pengarah bahagian dan negeri.

Selain mengadakan kenduri rakyat dan acara korban, pelbagai aktiviti dan sukan seperti perlawanan futsal dan kerusi muzik turut diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara pihak SPRM dan penduduk tempatan.

Lebih meriah lagi adalah apabila Datuk Dzulkifli dan pengurusan tertinggi SPRM menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kubur, memotong rumput dan acara tarik tali.

Kaum wanita juga tidak melepaskan peluang untuk membina silaturrahim dengan menyertai pertandingan memasak pulut kacau dan gubahan bunga.

Program sepanjang dua hari ini telah mencerminkan semangat perpaduan yang terjalin antara masyarakat dan SPRM. Pada masa yang sama, penglibatan pengurusan tertinggi juga menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab sosial SPRM bagi mendekati rakyat. 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
48
Minggu Ini
339
Bulan Ini
387

Keseluruhan
3430010