JOHOR BAHRU, 25 Januari - Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, YBhg. Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Johor pagi ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara SPRM dan Kerajaan Negeri Johor, khususnya Pejabat Menteri Besar Johor di dalam usaha membanteras rasuah.

Aspek yang diberikan penekanan dalam perbincangan yang berlangsung hampir satu jam ini adalah berkaitan hal ehwal pembangunan di Negeri Johor dari aspek alam sekitar, contohnya isu banjir, isu perhutanan dan jabatan agama Islam serta program-program pencegahan rasuah yang melibatkan Kerajaan Negeri Johor.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin amat mengalu-alukan inisiatif berterusan SPRM memerangi rasuah secara agresif di peringkat pentadbiran kerajaan negeri Johor.

Beliau juga memberi sokongan sepenuhnya kepada SPRM dengan memberi komitmen tinggi termasuk penglibatan pegawai-pegawai kerajaan negeri dan kewangan bagi memastikan usaha tersebut mampu meningkatkan lagi prinsip ketelusan dan integriti penjawat awam bagi menjamin pentadbiran yang lebih bersih.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
47
Semalam
54
Minggu Ini
259
Bulan Ini
307

Keseluruhan
3429930