TEMERLOH, 19 Januari 2017 – Pengarah SPRM Pahang YH. TPj Dato’ Tan Kang Sai bersama Pegawai Kanan SPRM Caw. Temerloh PPs. Nurazlin Binti Samaredin dan PKPs Ab Azim Bin Ismail, telah membuat satu lawatan mengejut ke Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Temerloh hari ini. 

Semasa lawatan ini berlangsung, YH. Dato’ Tan Kang Sai berkesempatan untuk beramah mesra bersama pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Imigresen Cawangan Temerloh dan bertanyakan permasalahan yang dialami mereka sepanjang berurusan dengan pihak Imigresen.

Dikesempatan ini juga, YH. Dato’ Tan Kang Sai bersama pegawai SPRM Cawangan Temerloh turut mengedarkan risalah serta kad nama SPRM kepada mereka.

Diakhir lawatan ini, Y.H Dato Tan Kang Sai telah bertemu dengan Ketua Cawangan Imigresen Temerloh iaitu TPPI Siti Suriani Binti Ismail, yang telah menyatakan tanda sokongan jabatannya kepada SPRM Cawangan Temerloh bagi bekerjasama mengadakan aktiviti pencegahan rasuah dalam usaha untuk menyebar luaskan mesej anti rasuah kepada semua kakitangan Jabatan Imigresen Cawangan Temerloh dan masyarakat setempat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
45
Semalam
48
Minggu Ini
358
Bulan Ini
406

Keseluruhan
3430029