TEMERLOH, 19 Januari - Pengarah SPRM Pahang TPj Dato’ Tan Kang Sai bersama Pegawai Kanan SPRM Cawangan Temerloh Ps Nurazlin Binti Samaredin dan PkPs Ab Azim Bin Ismail telah membuat satu lawatan mengejut ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Temerloh di sini hari ini.

Objektif lawatan adalah untuk memperkemaskini dan mengeratkan jalinan kerjasama antara SPRM Cawangan Temerloh Pahang dengan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Temerloh bagi membudayakan integriti dan usaha sama dalam menganjurkan aktiviti bagi pembenterasan segala bentuk jenayah rasuah penyelewengan dan salahguna kuasa.

Menerusi lawatan ini Dato’ Tan Kang Sai telah berkesempatan untuk beramah mesra bersama pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Temerloh dan bertanyakan permasalahan yang dialami mereka sepanjang berurusan dengan pihak JPN.

Selain itu, Dato’ Tan Kang Sai bersama beberapa pegawai SPRM Cawangan Temerloh yang hadir juga turut mengedarkan risalah dan pemplet serta kad nama SPRM kepada para pelanggan yang berurusan dengan pihak JPN.

Pada akhir lawatan, Dato Tan Kang Sai telah bertemu dengan Ketua Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Temerloh, Encik Zuliki Bin Yacoob dan memperjelaskan tentang tujuan lawatan tersebut.

Menerusi pertemuan ini, Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Temerloh menyatakan tanda sokongan kepada SPRM Cawangan Temerloh bagi mengadakan aktiviti pencegahan rasuah yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan bersama dalam usaha untuk menyebar luaskan mesej anti rasuah kepada semua kakitangan Jabatan Imigresen Cawangan Temerloh dan masyarakat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
4
Semalam
48
Minggu Ini
4
Bulan Ini
413

Keseluruhan
3430036