KUANTAN 18 Januari - Pengarah SPRM Pahang TPj Dato’ Tan Kang Sai telah membuat lawatan mengejut ke agensi-agensi kerajaan yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, Pahang.

Turut serta dalam lawatan ini adalah Timbalan Pengarah (Operasi) KPKPj Ab Muniem Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang PKPj Jamaluddin Bin Puteh, Ketua Siasatan Negeri PsK Muhd Rohaizi Bin Che Cob, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat PKPs Mohamad Bin Hussain dan bebrapa pegawai SPRM Pahang.

Objektif lawatan adalah untuk memperkemaskini dan mengeratkan jalinan kerjasama antara SPRM Pahang dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi membudayakan integriti dan usaha sama pembenterasan segala bentuk jenayah rasuah.

Menerusi lawatan ini Pengarah SPRM Pahang berpeluang beramah mesra dengan pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan dan bertanyakan permasalahan yang mereka hadapi semasa berurusan dengan pihak JPJ.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
19
Semalam
53
Minggu Ini
220
Bulan Ini
629

Keseluruhan
3430252