KUANTAN,  18 Januari - Pengarah SPRM Pahang YH. TPj Dato’ Tan Kang Sai telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang (JPPM), Puan Noor Atikah Binti Mokhtar bersama seorang pegawainya.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini adalah Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang, PKPj Jamaluddin Bin Puteh dan Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Pahang, PKPs Mohamad Bin Hussain.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan beberapa perkara, antaranya kerjasama yang boleh diadakan antara JPPM dan SPRM Pahang untuk melaksanakan program bagi tahun 2017.

Hasil daripada perbincangan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk bersama melaksanakan satu program bersama NGO-NGO India (Rumah Ibadat) pada penghujung bulan Februari 2017.  Peruntukan bagi perlaksanaan program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh JPPM.

Kunjungan yang amat dialu-alukan ini berjaya menjalin dan mengeratkan hubungan kerja antara SPRM Pahang dan JPPM dalam usaha membanteras rasuah di negeri ini. SPRM Pahang juga akan memberikan sokongan penuh kepada komitmen JPPM untuk memerangi rasuah. 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
41
Semalam
48
Minggu Ini
347
Bulan Ini
596

Keseluruhan
3440652