RAUB, 16 Januari - Satu lawatan mengejut ke Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Raub telah diadakan di sini hari ini dalam usaha memperkemaskini jalinan dan hubungan baik yang tersedia antara SPRM Cawangan Raub dengan Jabatan Imigresen Cawangan Raub.

Hadir pada lawatan ini ialah Pengarah SPRM Pahang TPj Dato’ Tan Kang Sai bersama Penolong Pengarah SPRM Caw Raub Ps Firdaus Bin Umar@Adli dan Unit Penmas Cawangan Raub PPs. Muhammad Fikri Bin Mohammad Yusuff.

Menerusi lawatan ini beberapa isu turut dibincangkan bersama antaranya berkaitan kerjasama antara kedua pihak dengan cadangan mengadakan operasi bersama dan kerjasama dalam menyokong usaha SPRM Cawangan Raub bagi menjayakan aktiviti-aktiviti pembenterasan jenayah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang bakal dijalankan pada masa akan datang.

Kesempatan ini juga turut diambil oleh Pengarah SPRM Pahang, Dato’ Tan Kang Sai untuk beramah mesra bersama pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Imigresen Cawangan Raub dan bertanyakan permasalahan yang dialami mereka sepanjang berurusan dengan pihak Imigresen.

Risalah serta poster turut dieadarkan kepada para pelanggan yang berurusan dengan pihak Imigresen bagi menyebarluas mesej anti rasuah kepada masyarakat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
31
Semalam
47
Minggu Ini
78
Bulan Ini
918

Keseluruhan
3429083