TERENGGANU, 18 Januari - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur, di sini hari ini.

Kunjungan ini diketuai oleh Pengarah SPRM Terengganu, KPKPj Ganason Periathamby ke atas Pengarah APMM, YBhg. Laksmana Pertama Maritim Dato’ Haji Mamu Bin Said Alee.

Fokus utama pertemuan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerja yang erat antara SPRM Terengganu dan APMM dalam usaha membanteras isu-isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Turut diadakan ialah perbincangan mengenai tindakan pencegahan rasuah untuk dilaksanakan di kalangan pegawai dan kakitangan APMM Wilayah Timur. 

KPKPj Ganason juga mengucapkan jutaan terima kasih atas penerimaan kunjungan SPRM dan berharap agar APMM dapat meneruskan dan mempertingkatkan usaha-usaha pencegahan rasuah dalam kalangan warga kerjanya.

Turut bersama dalam kunjungan ini ialah PPj Sheikh Hamadi Bin Haji Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah SPRM Terengganu; PsK Ahmad Rizal Samat, Ketua Cawangan SPRM Kemaman serta dua orang pegawai SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
21
Semalam
47
Minggu Ini
21
Bulan Ini
775

Keseluruhan
3430398