KUCHING, 16 Januari – SPRM Sarawak hari ini telah mengadakan lawatan mengejut ke kaunter Jabatan Imigresen Negeri Sarawak yang bertempat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching, Sarawak.

Lawatan mengejut ini merupakan salah satu siri program turun padang yang dianjurkan oleh pihak SPRM Sarawak pada tahun ini. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk memastikan kehadiran SPRM dirasai oleh orang awam dan juga penjawat awam disini, selain mempromosikan SPRM sebagai sebuah agensi kerajaan yang mesra dan mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat.

Lawatan ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Badrul Shah bin Norman, Pengarah SPRM Sarawak, diiringi oleh KPKPj. Rosley bin Mohd Satar, Timbalan Pengarah SPRM Sarawak. Turut bersama ialah PPj. Zulhairy bin Zaidel, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat dan juga PPj. Chang Ching, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
50
Semalam
47
Minggu Ini
145
Bulan Ini
554

Keseluruhan
3430177