Alai, 8 Disember -  Satu Mesyuarat Khas Bersama Opinion Leader Parti Pembangkang Negeri Melaka telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Parameswara SPRM Melaka.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada ahli politik khususnya dalam usaha-usaha memerangi rasuah melalui penyebaran dan penyampaian mesej kepada masyarakat.

Selain itu, mesyuarat ini adalah untuk menjalinkan kerjasama erat di antara SPRM Negeri Melaka dengan Parti Pembangkang khususnya yang terdiri DAP, PKR, PAS DAN PAN di dalam negeri Melaka dan seterusnya bagi memperkasa dan mendapat sokongan usaha-usaha pencegahan rasuah serta pengukuhan nilai integriti di dalam diri masing-masing.

Mesyuarat dihadiri oleh 40 orang yang terdiri daripada kesemua tujuh orang Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) dari DAP, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) dari PAS. Turut hadir, YB Shamsul Iskandar Bin Md Akin ADUN Bukit Katil yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
8
Semalam
48
Minggu Ini
201
Bulan Ini
704

Keseluruhan
3428869