Alai, 29 November – SPRM Melaka dengan kerjasana Institut Pendidikan Guru (IPG) Perempuan Melayu Melaka, Universiti Teknikal Melaka (UTeM) serta komuniti Bukit Punggur telah menganjurkan program gotong royong dan program merakyatkan SPRM Bersama Opinion Leaders dan masyarakat setempat bertempat di Madrasah As-Salam, Taman Alai Perdana, Melaka. Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini dimulakan dengan gotong royong membersihkan surau dan mengecat semula surau. Antara yang hadir menjayakan program ini adalah pegawai dari Jabatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), pegawai polis dari Balai Polis Kandang serta penglibatan pelajar UteM. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa yang disambut pada 9 Disember setiap tahun. Program gotong royong berakhir dengan acara perasmian garaj kenderaan oleh Pengarah SPRM Melaka. Di sebelah petang pula telah diadakan Program Merakyatkan SPRM Bersama Opinion Leaders bertempat di Universiti Lim Kok Wing bersama masyarakat Portugis Melaka. Program dimulakan dengan tarian ’welcome dance’ yang ditarikan oleh masyarakat Portugis dan seterusnya ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi SPR IPG. Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah penyampaian cenderamata kepada pelajar yang menduduki UPSR dari etnik portugis dan golongan mualaf perkim. Turut diadakan bacaan ikrar integriti yang diketuai oleh wakil Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Bukit Punggur, Melaka serta tandatangan oleh masyarakat setempat sebagai sokongan terhadap SPRM dalam membanteras rasuah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
36
Semalam
48
Minggu Ini
84
Bulan Ini
587

Keseluruhan
3428752