Hari Anti Rasuah Antarabangsa & KL Car Free Morning

 

Kuala Lumpur, 6 Disember - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SPRM WPKL) dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) menganjurkan sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa & KL Car Free Morning bertempat di Dataran DBKL di sini hari ini.


Program bermula seawal jam 7 pagi dengan pelancaran 'KL Car Free Morning' menyaksikan penyertaan yang memberangsangkan daripada warga kota yang berbasikal di sekitar Dataran DBKL dan Dataran Merdeka.


Bacaan Deklarasi kemudiannya dimpimpin oleh Presiden Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia, Dato Haji Rosli Sulaiman menyaksikan wakil-wakil daripada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil berikrar untuk menentang dan menghindari amalan rasuah dalam urusan perniagaan.

Deklarasi tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme SPRM, Dato' Mohd Jamidan Abdullah dan kemudiannya diserahkan kepada wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ir. Tan Keng Chok.


Kemuncak acara adalah Sesi Melepaskan Burung Merpati menyaksikan tetamu-tetamu kehormat melepaskan 15 burung merpati sebagai simbolik pelancaran Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2015.


Turut hadir pada program ini ialah Pengarah MACA, Dato' Abdul Wahab Bin Abdul Aziz dan Pengarah SPRM WPKL, Dato' Hassan Yahya.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
32
Semalam
49
Minggu Ini
129
Bulan Ini
632

Keseluruhan
3428797