MACA Menjadi Penanda Aras PULAPES dan PLAS

 

 

11 Jun, Kuala Lumpur - Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah menerima kunjungan daripada Delegasi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang mengelola Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES) dan Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS).

 

Delegasi yang diketuai oleh Tuan Muhamad Yasir bin Yahya, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Negeri Selangor hadir dengan tujuan untuk menjadikan MACA sebagai penanda aras bagi mengetahui amalan-amalan terbaik (best practices) di MACA daripada aspek latihan, bengkel dan kursus  serta proses mengakreditasi dan menaiktaraf sijil-sijil latihan untuk diaplikasi di PULAPES dan PLAS.

 

Turut hadir ialah KPKPj Zuhairie bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah (Pengurusan) MACA serta ketua-ketua pusat dan sekolah MACA.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
30
Semalam
47
Minggu Ini
173
Bulan Ini
824

Keseluruhan
3427435