MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS ASAS PEGAWAI SPRM SIRI 23 BIL. 1 TAHUN 2018 (PENOLONG PENGUASA GRED P29) DAN KURSUS PERALIHAN (PENGURUSAN DAN PROFESIONAL) SIRI 4 TAHUN 2019

 

 

 

Banting, 27 Jun – Telah berlangsung Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 23 Bil. 1 tahun 2018 (Penolong Penguasa Gred P29) dan  Kursus Peralihan (Pengurusan dan Profesional)  Siri 4 tahun 2019 bertempat di padang Sek. Keb. Bukit Changgang, Banting, Selangor.

 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

 

Perbarisan melibatkan seramai 129 orang pegawai kadet Penolong Penguasa Gred P29 yang telah berjaya menjalani Kursus Asas dan akan dianugerahkan Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5) serta 53 orang pegawai SPRM Gred P42 yang telah menjalani Kursus Peralihan (Pengurusan dan Profesional) Siri 4 Tahun 2019.

 

Antara kandungan ucaptama Pn Latheefa Koya, “Pegawai-pegawai baru ini perlu segera melengkapkan diri dengan kemahiran serta pemikiran yang kreatif serta sikap yang lebih positif dan responsif agar terus kekal relevan dan berdaya saing”.

 

“Pegawai SPRM adalah satu pasukan yang boleh dianggap ‘elit’ kerana diberi tanggungjawab oleh negara untuk memerangi rasuah. Segala tindak tanduk pegawai-pegawai ini akan diperhatikan, dihakimi dan diadili oleh masyarakat. Oleh itu, jalanilah amanah ini dengan penuh integriti dan profesional, sekaligus akan menaikkan reputasi SPRM”, tambah beliau dalam ucaptamanya.

 

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Ja’afar Mahad; Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Dato’ Hj. Idris Zaharudin serta pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri SPRM.

 

Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull dan Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato’ Sri Hj. Mustafar Ali.

 

Untuk rekod, majlis tersebut turut diselitkan dengan acara “Kenduri Rakyat” yang telahpun bermula dengan aktiviti merewang pada 26 Jun 2019 (Rabu) yang turut melibatkan pegawai-pegawai dan kakitangan SPRM Negeri Sembilan, SPRM Selangor serta penduduk Kg. Bukit Changgang dalam penyediaan menu makan tengahari untuk Majlis Perbarisan Tamat Latihan.

 

 

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
17
Semalam
48
Minggu Ini
65
Bulan Ini
765

Keseluruhan
3422852