KUNJUNGAN HORMAT INSPEKTOR JENERAL ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE ATAS PENGARAH MACA

 

                                                                                                   

 

 

Kuala Lumpur, 19 Mac 2019 – Telah berlangsung kunjungan hormat oleh Inspektor Jeneral (IJ) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Laksda Mohd Hatim bin Saad ke atas Pengarah MACA, YBhg. Dato’ Hj. Idris bin Zaharudin hari ini.

Kehadiran IJ ATM dan pasukan daripada Bahagian Inspektorat Jeneral ATM itu bertujuan untuk meninjau ruang kerjasama dan kolaborasi strategik dalam bidang latihan bagi memperkasakan pengurusan integriti warga dan organisasi ATM.

Pertemuan 2 pihak ini memfokuskan kepada perbincangan isu-isu integriti dan rasuah di dalam organisasi ATM yang menjadi titik mula dan pencetus idea kerjasama ini. Menurut Laksda Mohd Hatim, terdapat ruang dan peluang berlakunya rasuah dalam perolehan ATM yang melibatkan nilai mencecah ratusan juta ringgit yang akhirnya merugikan organisasi ATM. Justeru, dengan kerjasama rapat di antara ATM dan SPRM  melalui MACA ini, ia mampu menjadi deterrent (pencegahan) daripada berlakunya aktiviti rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dalam organisasi ATM.

Setelah selesai menandatangani Buku Pelawat MACA dan bertukar cenderahati, rombongan telah dibawa melawat fasiliti-fasiliti MACA seperti Mahkamah Simulasi Kevin Morais dan Bilik Merakam Percakapan (Video Interviewing Room)  MACA.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Komander Sirajuddin bin Kamaruddin, Pegawai Staf 1 Inovasi ATM; Mejar Ahmad Kamil bin Hj. Abdullah, Ketua Cawangan Integriti ATM; serta pegawai-pegawai kanan MACA.

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
52
Semalam
48
Minggu Ini
52
Bulan Ini
1045

Keseluruhan
3427656