SESI TAKLIMAT “PENGENALAN KEPADA SEKSYEN 17A AKTA SPRM 2009 (CORPORATE LIABILITY)”

 

                                                              

 

PUTRAJAYA, 5 DISEMBER 2018 - Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dengan kerjasama Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM telah menganjurkan satu sesi taklimat bertajuk “Pengenalan Kepada Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Corporate Liability)” bertempat di Auditorium Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

 

Sesi taklimat yang dihadiri oleh seramai 217 pegawai SPRM ini dianjurkan sebagai satu usaha untuk memberi pendedahan dan menyelaraskan kefahaman pegawai-pegawai SPRM mengenai peruntukan seksyen 17A (Corporate Liability) yang telah diluluskan oleh Parlimen dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 27 April 2018.

 

Puan Norzilati Izhani Zainal@Zainol dan Tuan Kamal Baharin bin Omar, Timbalan Pendakwa Raya SPRM yang bertindak sebagai penceramah bagi sesi taklimat ini telah memberikan penerangan terperinci mengenai latar belakang, takrifan serta intipati kesalahan yang terkandung dalam peruntukan seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Liabiliti Korporat). Turut disentuh ialah tentang pembelaan statutari yang mungkin disandar oleh Organisasi Komersial iaitu Adequate Procedure dan Ministrial Guideline.

 

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), YBhg. Dato Hj. Idris bin Zaharudin, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) serta Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri SPRM.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
47
Minggu Ini
5
Bulan Ini
741

Keseluruhan
3425897