script not supported






























 
Bahasa Malaysia |
content layout space2
Smaller Text
Normal Text
Bigger Text
content layout space2
circle grey
circle blue
circle green
circle red
Logo
  • Pengumuman - Sebut Harga SPRM/SH/B/22-Merekabentuk, Mencetak Dan Menghantar Buku Transformasi SPRM Di Dalam Bahasa Inggeris)
    >> Baca
  • Pengumuman - Sebut Harga SPRM/SH/B/21-Merekabentuk, Mencetak Dan Menghantar Diari Pegawai SPRM Bagi Tahun 2015
    >> Baca
  • Pengumuman - Keputusan Tender SPRM 05/2014 dan Rundingan Terus
    >> Baca
  • Pengumuman - Sebut Harga B SPRM 20/2014 - Merekabentuk, Mencetak Dan Menghantar Risalah Untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
    >> Baca
  • Pengumuman - Tender Membekal Dan Menghantar Toner Dan Kartrij Mesin Pencetak (Printer) Serta Mesin Fax Di Ibu Pejabat SPRM Tahun 2014/2015
    >> Baca
 

Program Pegawai Integriti Bertauliah - CeIO

SPRM telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memerangi gejala rasuah di Malaysia. Walau bagaimanapun SPRM juga sedar bahawa gejala ini tidak boleh ditangani oleh organisasi ini secara individu, ia perlu penglibatan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) secara holistik.

 

Usaha-usaha yang dijalankan oleh SPRM bukan sahaja daripada aspek penguatkuasaan tetapi juga melibatkan aspek pencegahan. Justeru itu pada tahun 2011, SPRM telah berjaya mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Kerajaan (JKKMKPK) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 30 Mac 2010, bagi melaksanakan Program Pegawai Integriti Bertauliah melalui Arahan YAB Perdana Menteri No.1. Tahun 2009, Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia, Siri 1 No.1 Tahun 2011 Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah. Arahan tersebut menghendaki supaya semua Ketua-ketua Jabatan mewujudkan Pegawai Integriti Bertauliah di jabatan dan agensi masing-masing.

 

Program Pegawai Integriti Bertauliah ini dirangka untuk melahirkan Pegawai Integriti Bertauliah yang berperanan untuk merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program integriti di kementerian, jabatan dan agensi masingmasing. Ia juga untuk menggalakkan pihak swasta terlibat sama dalam pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah di organisasi mereka masing-masing. Program ini pada asalnya adalah susulan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keutuhan Pengurusan (JKP) yang dipengerusikan oleh Tan Sri KSN pada 18 Ogos 2008 yang meminta BPR pada ketika itu untuk menempatkan pegawai kanan sebagai Ketua Pegawai Integriti secara kader di Jabatan atau agensi yang dilihat mempunyai risiko rasuah yang tinggi. Keputusan ini kemudiannya telah dibentangkan JKKMKPK yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 3 November 2008 dan diputuskan supaya BPR memberikan khidmat nasihat kepada jabatan yang ingin mewujudkan Ketua Pegawai Integriti mereka sendiri.

 

Untuk mengetahui lanjut berkenaan program ini, sila hubungi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia MACA. http://maca.sprm.gov.my

 


 
Kemaskini Terakhir : 26 Disember 2012          
Hits : 13940
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 6000
62007 Putrajaya

telephone number +603 8886 7000 / 1-800-88-6000
fax number +603 8888 9562
Saluran aduan/menyalur maklumat?
telephone number  1-800-88-6000 / +603 8886 7000
Hits | Hari Ini: 36819 | Minggu Ini: 180164 | Bulan Ini: 956333 | Tahun Ini: 5940360 | Keseluruhan: 9381743
Paparan menarik, sila gunakan Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan saiz resolusi skrin 1024x768 piksel.