Jenis Soalan Lazim (FAQ)

Maklumat Organisasi



Kewujudan entiti pencegahan rasuah di Malaysia bermula dengan sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti pencegahan rasuah. Ketika itu, siasatan kes rasuah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Khas) di bawah pasukan Polis DiRaja Malaysia manakala pendakwaan kes rasuah pula dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Kerajaan kemudiannya telah menggabungkan usaha pencegahan rasuah oleh ketiga-tiga agensi itu dengan mewujudkan Badan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967.

Pada 29 Ogos 1973, entiti pencegahan rasuah negara diwujudkan secara undang-undang apabila Akta Biro Siasatan Negara diperkenan, sekaligus mengubah entiti BPR kepada Biro Siasatan Negara (BSN). Perubahan itu telah meluaskan kuasa perundangan BSN dengan mandat untuk menyiasat kes berkaitan kepentingan negara, disamping kes rasuah.

Bagaimanapun, perubahan sekali lagi berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen pada 13 Mei 1982. Akta ini meletakkan semula tugas pencegahan rasuah kepada BPR yang secara rasminya juga menggantikan BSN. Perubahan ini memartabatkan peranan BPR sebagai entiti tunggal yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.

Pada tahun 2008, Parlimen telah bersetuju supaya satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR), selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional.
Dengan itu juga, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 telah digantikan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mula beroperasi secara rasminya pada 1 Januari 2009 bersama-sama penguatkuasaan Akta SPRM 2009.

Transformasi BPR kepada SPRM bukan pada nama semata-mata. Perubahan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, kebebasan dan ketelusan tindakan pencegahan rasuah di Malaysia, sekaligus menangkis persepsi negatif terhadap entiti pencegahan rasuah ini yang sebelumnya dianggap tidak bebas dan tidak telus.

Justeru itu, mekanisme ‘check and balance’ diwujudkan melalui pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Jawatankuasa Aduan (JA), Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) bersama-sama penubuhan SPRM dengan fungsi untuk memantau, menasihati serta memastikan fungsi dan tanggungjawab Suruhanjaya ini dilaksanakan dengan cekap, berkesan, bebas dan telus.
Keanggotaan bagi kelima-lima entiti bebas ini dipilih dari kalangan individu berintegriti yang cemerlang dalam perkhidmatan dan profesion masing-masing.
  • Amanah dalam melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab
  • Tegas menjalankan penyiasatan terhadap semua perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih kasih
  • Adil bertindak secara saksama tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan keluhuran undang-undang.
Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah
Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu :
  1. Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;
     
  2. Mengesan dan menyiasat :-

    • Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009;
    • Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan dibawah Akta SPRM 2009; dan
    • Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta 2009;

  3. Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah;
     
  4. Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu;
     
  5. Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah;
     
  6. Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan
     
  7. Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

     

Visi

  1. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah.
     
  2. Menjadikan SPRM agensi pencegahan rasuah bertaraf dunia.


 Misi

  1. Menerajui usaha pencegahan rasuah di Malaysia; dan
     
  2. Menjadikan SPRM sebagai organisasi yang dinamik dan progresif melalui pembangunan kapasiti dan kapabiliti yang berterusan.

 Objektif

  1. Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan.

 

Strategi serampang tiga mata yang diadaptasikan oleh SPRM adalah berdasarkan kepada
seksyen 7, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) seperti berikut:

Penguatkuasaan

  1. Mengesan kesalahan rasuah; dan
     
  2. Menyiasat kesalahan rasuah

Pendidikan Masyarakat

  1. Mendidik orang ramai agar menentang rasuah
     
  2. Mendapat dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

Pencegahan

  1. Mengesan risiko rasuah dalam amalan, sistem dan prosedur; dan
     
  2. Memberi khidmat nasihat untuk menutup ruang dan peluang rasuah

SPRM berhasrat untuk menjadi suruhanjaya anti-rasuah yang profesional dalam menguatkuasakan undang-undang dan mendidik orang ramai terhadap rasuah dalam usaha ke arah pencegahan yang lebih besar untuk membasmi rasuah di Malaysia melalui prinsip-prinsip berikut:

Kod Etika dan Tatakelakuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu panduan yang menggabungkan nilai akhlak, perbuatan dan tindakan seragam yang perlu dipatuhi dan dibudayakan oleh warga SPRM dengan objektif untuk :-

 

  1. Memantapkan integriti warga SPRM dalam menunaikan fungsi dan tanggungjawabnya; dan
     
  2. Menjelaskan tingkahlaku yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh warga SPRM bagi memastikan ianya selaras dengan kehendak undang-undang, dasar dan garis panduan yang berkuat kuasa.
     

INTEGRITI adalah elemen yang menjadi sebagai asas pembentukan Kod Etika dan Kod Tatakelakuan SPRM. Nilai-nilai teras integriti yang menjadi pegangan SPRM adalah Amanah, Tegas, Adil, Kebebasan, Ketelusan dan Profesionalisme. Selain itu, nilai positif lain seperti Tegas, Disiplin, Kerjasama, Taat Setia, Komitmen dan Profesionalisme juga ditetapkan sebagai “Nilai SPRM” yang perlu dipegang secara konsisten oleh semua warga, dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Kod Etika dan Tatakelakuan


 


 

Bintang (14 Bucu)
Mencerminkan kecemerlangan dan kegemilangan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan yang bebas rasuah, warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang paling tinggi.
Emas
Melambangkan perjuangan yang paling berharga iaitu membanteras jenayah rasuah demi mencapai kejayaan yang tidak ternilai iaitu Negara yang bebas rasuah.
Bulan Sabit
Bulan sabit mencerminkan agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara ini. Pengetahuan agama dan ketaqwaan dapat menghindar diri dari perbuatan rasuah.
Kuning
Melambangkan adil iaitu keadilan adalah salah satu daripada piagam pelanggan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam apa jua keputusan yang diambil tanpa mengira pangkat dan bangsa.
Keris Bersilang
Melambangkan kuasa yang dimiliki oleh pegawai-pegawai SPRM seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang Negara dalam melaksanakan tugas mencegah jenayah rasuah, sedia berjuang demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan cabaran, tetap mara ke hadapan.
Biru
Mencerminkan amanah dan harmoni. Ini bermaksud bahawa di samping menguatkuasakan undang-undang, badan ini juga merangka dan melaksanakan kempen pencegahan rasuah melalui program penerangan, pendidikan, dan perhubungan masyarakat.
Perisai
Melambangkan alat mempertahankan diri. Ia memberi maksud bahawa tugas risikan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.
Hitam
Melambangkan kejituan dan kemantapan semangat yang padu dan perjuangan yang ampuh.
Bunga Padi
Melambangkan kemajuan, kemakmuran dan kejayaan, dalam masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. Segala aduan yang diterima akan dijalankan siasatan sewajarnya tanpa prasangka dengan amanah, tegas dan adil.
Kelabu Gelap
Warna kelabu adalah warna neutral yang terletak di antara putih dan hitam, yang melambangkan kebebasan dan ketelusan SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Harimau
Melambangkan keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan segala tugas walau seribu rintangan dan cabaran tetap mara kehadapan.
Merah
Melambangkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara walau terpaksa menumpahkan darah.
14 Jalur Putih dan Merah
Mencerminkan aktiviti pendidikan tentang rasuah dan kesan buruknya, merangkumi seluruh negeri di Malaysia.
Putih
Melambangkan jiwa yang bersih dalam perjuangan yang suci menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.
Tulisan Jawi
Melambangkan semangat mempertahankan pusaka bangsa dan khazanah negara agar dapat diwarisi oleh genarasi yang akan datang.
   
 


Muat Turun Logo SPRM

Logo AI (Adobe Ilustrator)
 

Logo PSD (Adobe Photoshop)
 

Logo JPG
 

Logo GIF
 

Logo PNG
 Gelaran Jawatan
Singkatan
 
Ketua Pesuruhjaya        
KPj
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya
TKPj
 
Pesuruhjaya                 
Pj
 
Timbalan Pesuruhjaya   
TPj
 
Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
KPKPj
 
Penolong Kanan Pesuruhjaya    
PKPj
 
Penolong Pesuruhjaya   
PPj
 
Penguasa Kanan          
PsK
 
Penguasa                     
Ps
 
Ketua Penolong Kanan Penguasa
KPKPs
 
Penolong Kanan Penguasa
PKPs
 
Penolong Penguasa
PPs
 

Bahagian Siasatan

Bahagian Siasatan memainkan peranan yang terpenting dalam misi membanteras jenayah rasuah dengan mengendalikan fungsi teras (core function) SPRM, iaitu, penyiasatan. Sebagaimana yang digambarkan oleh namanya, peranan Bahagian ini tertakluk kepada seksyen 7 subseksyen (a) dan (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.Secara amnya, Bahagian ini terbahagi kepada 3 sektor utama iaitu Sektor Dasar & Pentadbiran Siasatan, Sektor Awam dan Sektor Swasta.
 

  1. Sektor Dasar & Pentadbiran Siasatan

    Sektor ini merupakan sokongan kepada sektor Awam dan sector Swasta yang menjalankan operasi penyiasatan. Antara cawangan di bawah sektor ini adalah Cawangan Respon Pertama, Cawangan Perundangan & Penyelidikan, Cawangan Pelucuthakan Harta & Pengesanan Aset, Cawangan Pencegahan Pengubahan Wang Haram & Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), Cawangan Pengurusan Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah (MACMA), Cawangan Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LSPRM) dan Unit Pelindungan Pemberi Maklumat.
     
  1. Sektor Awam

    Sektor ini mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan Agensi Penguatkuasa, Kementerian/ Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun.
     
  1. Sektor Swasta

    Sektor ini mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan Agensi Kerajaan Diswastakan (GLC), Bank, Syarikat Insuran, Koperasi, Sekuriti, Bursa Malaysia, Institusi Kewangan serta kes-kes berkaitan pembangunan swasta.

     

Manakala, Cawangan Sasaran Operasi, Cawangan Sokongan Penyiasatan & Unit Pentadbiran adalah di bawah Pengarah Siasatan.


Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Siasatan ditalian 03-88897008 atau emel ke b1@sprm.gov.my

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan  bertanggungjawab menguruskan semua hal ehwal pentadbiran, perjawatan dan perkhidmatan pegawai dan kakitangan. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut :
 

  1. Pentadbiran Am

    1.1  Unit Pengangkutan
    1.2 Unit Pengurusan Aset
     
  2. Cawangan Pembangunan Organisasi dan Pengurusan Kompetensi

    2.1  Unit Perjawatan dan Skim Perkhidmatan
    2.2  Unit HRMIS
    2.3  Unit Penilaian Tahap Kecekapan
    2.4  Unit Peperiksaan
     
  3. Cawangan Pengurusan dan Penyelidikan Sumber Manusia

    3.1  Unit Perkhidmatan Bukan Gunasama
    3.2  Unit Perkhidmatan Gunasama
    3.3  Unit Pengambilan

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan ditalian 03-88867022 atau emel ke c1@sprm.gov.my  

Bahagian Pendidikan Masyarakat

Bahagian Pendidikan Masyarakat merupakan salah satu Bahagian yang sangat penting dalam SPRM bagi menjalankan fungsi dan peranannya mengikut Seksyen 7(f) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu mendidik orang ramai untuk menentang rasuah dan Seksyen 7(g) iaitu mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Penyelidikan Dan Pembangunan Program

    1.1  Pendidikan Belia
    1.2  Perhubungan Masyarakat
     
  2. Program "Outreach"

    2.1  Sosiobudaya
    2.2  Kerajaan Dan Agensi
    2.3  Agensi Berkaitan Kerajaan
    2.4  Swasta
    2.5  Universiti Dan Belia
    2.6  Pegawai Perhubungan
     
  3. Pendidikan

    3.1  Pendidikan Rendah
    3.2  Pendidikan Menengah
     
  4. Penerbitan

    4.1  Media Cetak
    4.2  Media Elektronik
    4.3  Promosi Dan Publisiti
    4.4  Portal Dan Media Alternatif
    4.5  Sekretariat
Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat ditalian 03-88867014 atau emel ke d1@sprm.gov.my

Bahagian Perundangan dan Pendakwaan

Bahagian Perundangan dan Pendakwaan merupakan Bahagian yang bertanggungjawab mengendalikan pendakwaan serta perbicaraan kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Mahkamah. Pendakwaan dilaksanakan secara adil dan memenuhi tahap pembuktian mengikut keperluan undang-undang. Bahagian ini juga meneliti Kertas Siasatan yang dikemukakan oleh Bahagian Siasatan untuk keputusan dan tindakan lanjut serta memberi nasihat perundangan yang sewajarnya. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Cawangan Pendakwaan I

    1.1  Unit Kes Terkelas
    1.2  Unit Rayuan
    1.3  Unit Nasihat Am
    1.4  Unit Perlucuthakan Harta dan Pungutan
     
  2. Cawangan Pendakwaan II

    2.1  Unit Bicara Zon Tengah
    2.2  Unit Bicara Zon Utara
    2.3  Unit Bicara Zon Selatan
    2.4  Unit Bicara Zon Timur
    2.5  Unit Bicara Sabah
    2.6  Unit Bicara Sarawak
     
  3. Unit Khidmat Sokongan

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan ditalian 03-88867010 atau emel ke e1@sprm.gov.my

Bahagian Perisikan

Bahagian Perisikan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat. Pengumpulan maklumat di Bahagian Perisikan mencakupi pelbagai sumber dan menerusi pelbagai kaedah dan teknik terkini. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Kawalan Zon
  2. Pelaksanaan Projek

    2.1  Cawangan Pelaksanaan Projek
    2.2  Cawangan Risik
    2.3  Cawangan Intip
    2.4  Cawangan Perkhidmatan Teknik
    2.5  Perisikan Khas
    2.6  Pentadbiran

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Perisikan ditalian 03-88867012 atau emel ke f1@sprm.gov.my

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan berfungsi membuat pemeriksaan ke atas amalan, sistem atau tatacara yang diguna pakai di badan awam bagi mengenal pasti kelemahan yang boleh membuka ruang atau peluang kepada perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta memperakukan cara untuk mencegah ruang dan peluang. Bahagian ini juga memberi khidmat nasihat kepada mana-mana badan awam, organisasi/pertubuhan dan syarikat swasta tentang cara bagaimana rasuah, salah guna kuasa. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Cawangan Sektor Awam
  2. Cawangan Sektor Swasta
  3. Cawangan Petugas Khas
  4. Cawangan Perancangan dan Penyelarasan
  5. Unit Pentadbiran

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan ditalian 03-88900649 atau emel ke h1@sprm.gov.my

Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan

Bahagian ini berperanan sebagai sumber kepada Pengurusan Tertinggi SPRM  dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan Dasar Suruhanjaya melalui penyelidikan, penyelarasan dan pemantauan bagi pembanterasan jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa melalui pengurusan strategik dan pelaksanaan pelan tindakan yang profesional, cekap dan berkesan. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Seksyen Perancangan Strategik
  2. Seksyen Penyelarasan

    1.1 Unit Pentadbiran

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan ditalian 03-88867018 atau emel ke j1@sprm.gov.my

Bahagian Keselamatan

Bahagian Keselamatan merupakan benteng perlindungan kepada SPRM dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek keselamatan, perlindungan dan kawalan ke atas aset, personel, dokumen dan sistem operasi SPRM secara keseluruhannya. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Cawangan Pengiring
  2. Cawangan Lokap
  3. Cawangan Keselamatan Fizikal, Personel, Dokumen dan Perlindungan Saksi 

    3.1  Unit Kawalan Gudang dan Barang Kes
    3.2  Unit Keselamatan Fizikal, Personel, Dokumen dan ICT
    3.3  Unit Perlindungan Saksi
  1. Cawangan Persenjataan
  2. Cawangan Pentadbiran

    5.1  Pentadbiran Am
    5.2  Unit Rekod

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Keselamatan ditalian 03-88867073 atau emel ke k1@sprm.gov.my

Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme

Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme berfungsi menguatkuasakan segala bentuk arahan, pekeliling, peraturan dan undang-undang berkaitan penjagaan tatakelakuan, pematuhan tatatertib dan peningkatan integriti bagi meningkatkan keutuhan pengurusan dan menyokong pengukuhan organisasi. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Cawangan Tatatertib
  2. Cawangan Integriti
  3. Cawangan Pematuhan

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme ditalian 03-88900614 atau emel ke p1@sprm.gov.my

Bahagian Tadbir Urus Sektor Awam

Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam berperanan bagi memantapkan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan bagi mencegah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran. Ianya dilakukan melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014 iaitu Penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU). Arahan ini bertujuan bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang berintegriti, tadbir urus terbaik dan mengurangkan karenah birokrasi di Kementerian, SUK Negeri, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di kementerian. Bahagian ini merupakan urus setia JITU peringkat Kebangsaan yang ditugaskan bagi memastikan pelaksanaan Arahan ini dipatuhi. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Cawangan Pengurusan Tadbir Urus
  2. Cawangan Penilaian Tadbir Urus
  3. Cawangan Pembangunan Tadbir Urus
  4. Cawangan Penyelarasan dan Pentadbiran

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam ditalian 03-88900613 emel ke q1@sprm.gov.my

Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat

Bahagian ini berfungsi untuk menerima dan memproses maklumat, mengendalikan dan mengurus dokumen-dokumen operasi/terperingkat, memproses permohonan tapisan keutuhan dan pelupusan dokumen, menyediakan perangkaan dan statistik berkaitan SPRM serta bertanggungjawab memberi khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada pengguna yang berkaitan dengan permasalahan sistem komputer. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Cawangan Pengurusan Maklumat
  2. Cawangan Infrastruktur Teknologi Maklumat
  3. Cawangan Tapisan Keutuhan
  4. Unit Pentadbiran

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat ditalian 03-88867069 atau emel ke r1@sprm.gov.my

Bahagian Operasi Khas

Bahagian Operasi Khas berfungsi untuk menyiasat kes-kes sensitif, berprofil tinggi dan berkepentingan awam. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Cawangan Sektor Awam
  2. Cawangan Sektor Swasta
  3. Cawangan Urusetia Pengurusan

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Operasi Khas ditalian 03-88900621 atau emel ke bok1@sprm.gov.my

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bertanggungjawab mengendalikan program latihan dalam meningkatkan kecekapan dan profesionalisme kakitangan dan pegawai SPRM. MACA bertanggungjawab menyediakan program latihan dalam pelbagai bidang seperti penyiasatan, pendakwaan, perisikan, pencegahan, perundingan dan pengurusan. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Akademi

    1.1  Sekolah Penyiasatan
            1.1.1  Siasatan Forensik
            1.1.2  Siasatan Am
            1.1.3  Pentadbiran

    1.2  Sekolah Perisikan
            1.2.1  Risik dan Intip
            1.2.2  Undercover
            1.2.3  Bantuan Teknik
            1.2.4  Pentadbiran

    1.3  Sekolah Perundangan dan Pendakwaan
            1.3.1  Kajian Perundangan
            1.3.2  Pentadbiran

    1.4  Sekolah Pencegahan Rasuah dan Pengurusan
            1.4.1  Pengurusan
            1.4.2  Unit Pengajian Sarjana
            1.4.3  Pentadbiran
  1. Pusat Pengajian Antarabangsa

    2.1  Unit Program Tajaan
    2.2  Unit Pelaksanaan Program
    2.3  Pentadbiran
     
  2. Pusat Latihan Asas

    3.1  Bahagian Sekolah
     
  3. Pusat Pengurusan Integriti Korporat
     
  4. Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Korporat

    5.1  Unit Hal Ehwal Korporat
    5.2  Cawangan Penyelidikan
    5.3  Cawangan Pembangunan
    5.4  Cawangan Pentadbiran
     
  5. Bahagian Pengurusan

    6.1  Unit Khidmat Pengurusan
    6.2  Unit Teknologi Maklumat
    6.3  Unit Perpustakaan

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia ditalian 03-62092902 atau emel ke g1@sprm.gov.my

Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan

Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan bertanggungjawab memantau pencapaian pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama - Key Performance Indicator [KPI] SPRM dengan melapor kepada Pengurusan Tertinggi hasil pemantauan berkenaan.
 

Pada tahun 2013, penilaian prestasi berasaskan KPI telah dilaksanakan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam [PPTPA] Tier 1 bertujuan untuk memantau prestasi dan pencapaian penjawat selari dengan bidang tanggungjawab dan keutamaan strategik negara dengan fokus ditumpukan kepada kesejahteraan rakyat.
 

Pada tahun 2014, pembangunan KPI di SPRM diperluaskan kepada penjawat di Tier 2 dan Tier3. Pembangunan KPI Tier 2 di SPRM merujuk kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Manakala pembangunan KPI Tier 3 di SPRM merujuk kepada Pengarah Bahagian dan Pengarah SPRM Negeri.
 

Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan juga berperanan sebagai urusetia dan menyelaraskan pelaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB) di SPRM.
 

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan ditalian 03-88867257 atau emel ke s1@sprm.gov.my

 

Bahagian Pengurusan Integriti Agensi

Bahagian Pengurusan Integriti Agensi bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan, merancang, menggubal dan membangunkan dasar kawalan dalaman dan inisiatif penginstitusian integriti untuk Unit-Unit Integriti Agensi di kementerian, kerajaan negeri, jabatan, dan agensi-agensi kerajaan.  Bahagian ini juga berperanan untuk menyelaras dan membimbing program-program penginstitusian integriti, memberi khidmat nasihat dan bantuan dalam hal-hal berkaitan pengurusan integriti kepada agensi-agensi berkenaan.  Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Cawangan Pembangunan Integriti

    1.1  Menjalankan penyelidikan dan kajian amalan integriti terbaik sejagat.
    1.2  Mengubal dasar kawalan dalaman seperti pengurusan aduan, pematuhan, pengesanan dan
           pengesahan pelanggaran tatakelakuan dan salah laku jenayah, dan pengurusan tatatertib.
    1.3  Merancang dan membangunkan inisiatif penginstitusian integriti melalui program-program
           kesedaran dan pendidikan, pencegahan dan tadbir urus, dan latihan.
     
  1. Cawangan Penyelarasan Integriti

    2.1  Menyelaras dan membimbing program-program inisiatif penginstitusian integriti.
    2.2  Memberi khidmat nasihat dan bantuan dalam hal-hal berkaitan pengesanan dan
           pengesahan pelanggaran tatakelakuan dan salah laku jenayah, program-program kesedaran
           dan pendidikan, pencegahan dan tadbir urus.
    2.3  Menjalankan analisa terhadap impak keberkesanan inisiatif-inisiatif  penginstitusian integriti.
    2.4  Merangka dan menyelaras mekanisma pelaporan agensi serta mengendalikan mesyuarat.
     
  1. Cawangan Pentadbiran

    3.2  Mengurus pentadbiran Bahagian.
    3.2  Menguruskan kewangan Bahagian.
    3.3  Menguruskan stor dan aset Bahagian.

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi ditalian 03-88867088 atau emel ke t1@sprm.gov.my

Bahagian Forensik

Bahagian Forensik berperanan memberikan khidmat nasihat dan bantuan forensik dalam memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan undang – undang pencegahan rasuah secara berterusan. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Cawangan Forensik Kewangan
  2. Cawangan Perundangan
  3. Cawangan Forensik Teknologi
  4. Cawangan Forensik Kejuruteraan

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Forensik ditalian 03-88900773 atau emel ke y1@sprm.gov.my

Bahagian Komunikasi Strategik dan Perhubungan Antarabangsa

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) bertanggungjawab melaksanakan pelan tindakan perhubungan awam dan komunikasi yang strategik, tepat dan berkesan serta menjalinkan hubungan kerjasama yang rapat dengan media massa, pemimpin-pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha meningkatkan keyakinan dan persepsi masyarakat terhadap SPRM. BKS  berfungsi sebagai pusat rujukan setempat, saluran penyampaian maklumat dan komunikasi secara efektif secara luaran dan dalaman selain bertanggungjawab menyediakan latihan, khidmat nasihat komunikasi dan perhubungan awam berkaitan krisis semasa kepada semua Bahagian di Ibu Pejabat SPRM dan Negeri. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Cawangan Pengurusan Media
  2. Cawangan Pengurusan Krisis
  3. Cawangan Perhubungan Antarabangsa
  4. Cawangan Penjenamaan
  5. Cawangan Khidmat Pelanggan
  6. Cawangan Komunikasi Dalaman

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik ditalian 03-88867131 atau emel ke m1@sprm.gov.my

Bahagian Kewangan, Akaun dan Pembangunan

Bahagian Kewangan, Akaun dan Pembangunan (BKAP) adalah bahagian yang baru ditubuhkan pada tahun 2013, selaras dengan kehendak stakeholder SPRM yang mahukan pengurusan kewangan yang lebih cekap, berkesan, berhemah serta menepati keperluan semasa. Bagi memastikan segala urusan kewangan teratur serta mengikut undang-undang dan peraturan, bahagian ini telah dipecahkan kepada tujuh (7) unit khusus iaitu:

 

  1. Unit Pengurusan

    Memastikan pengurusan sumber manusia di BKAP berkesan dan memenuhi keperluan organisasi secara keseluruhan.
     
  2. Unit Bayaran

    Memastikan urusan pembayaran gaji, penyediaan baucer bayaran serta urusan permohonan pendahuluan diri dan tuntutan dilaksanakan mengikut Pekeliling yang telah ditetapkan.
     
  3. Unit Akaun

    Mengendalikan pengurusan terimaan/ hasil dan penyediaan akaun berkala.
     
  4. Unit Kewangan

    Memastikan urusan pembayaran gaji, penyediaan baucer bayaran serta urusan permohonan pendahuluan diri dan tuntutan dilaksanakan mengikut Pekeliling yang telah ditetapkan
     
  5. Unit Bajet dan Laporan

    Merancang dan melaksana dasar-dasar pengurusan belanjawan, mengkaji, menyediakan anggaran perbelanjaan bagi program-program SPRM, serta mengawal belanja mengurus dan menyediakan pelaporan bulanan/ tahunan kewangan SPRM.
     
  6. Unit Perolehan

    Merancang, mengurus dan melaksanakan perolehan peralatan dan  perkhidmatan SPRM, mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan.
     
  7. Unit Pembangunan

    Merancang perbelanjaan bagi projek-projek pembangunan bangunan milik SPRM.
Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Kewangan, Akaun dan Pembangunan ditalian 03-88867291 atau emel ke w1@sprm.gov.my

 

Unit NKRA

 

Unit NKRA diwujudkan selaras dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP)  bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif yang telah dikenalpasti serta ditetapkan bagi menangani gejala rasuah dari merebak. Fungsi Bahagian ini adalah untuk mengenalpasti ruang dan peluang berlakunya rasuah dan mengenalpasti langkah-langkah untuk menutup ruang dan peluang tersebut. Bahagian ini bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan inisiatif serta memantau dari segi pencapaian Indikator Prestasi Utama (KPI) di peringkat agensi untuk dilaporkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kerajaan di Mesyuarat Delivery Task Force yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri atau YAB Timbalan Perdana Menteri. Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti berikut:
 

  1. Cawangan Rasuah Terancang
  2. Cawangan Perolehan
  3. Cawangan Penguatkuasaan dan Pengawal Seliaan

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Unit NKRA ditalian 03-88900796 atau emel ke n1@sprm.gov.my
 

 


Pengumuman

  • Pengumuman - Sebut Harga SPRM/SH(A)/2015 - Sebut Harga Bagi Pembangunan, Pemasangan, .. Baca Lanjut
  • Tender SPRM 02/2015 - Tender Membekal, Menghantar , Mentauliah, Menguji Dan Menyenggara (Dalam .. Baca Lanjut
  • Tender SPRM 01/2015 - Tender Membekal, Menghantar ,Mengkonfigurasi, Menguji Dan Mentauliah .. Baca Lanjut

Style Switcher

Predefined Colors

Layout Style

Background Image

Background Color

Reset