Jenis Soalan Lazim (FAQ)

Mekanisme 'Check & Balance'


Selaras dengan penubuhan SPRM, lima mekanisme tanggungjawab telah diwujudkan yang bertindak sebagai check and balance terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsi dan peranannya.
 

Pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JA) dibuat melalui peruntukan undang-undang. Manakala pembentukan Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dibuat secara pentadbiran.
 

Kelima-lima badan khas ini diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. Mekanisme ini akan dapat membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipan undang-undang yang telah ditetapkan. Persepsi yang positif terhadap kewibawaan SPRM dan Kerajaan akan memudahkan usaha meraih sokongan dan kerjasama masyarakat dalam membanteras jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
 

Ahli-ahli badan bebas ini mewakili orang awam yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli politik (kerajaan dan pembangkang), golongan profesional dari kalangan ahli perniagaan dan sektor korporat, ahli akademik, peguam dan individu-individu yang disegani.

 


Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)
 

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) diwujudkan mengikut seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Ahli-ahli LPPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan orang yang berintegriti dan telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau mencapai keunggulan dalam profesion masingmasing.

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai anggota ex-officio sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 13(1)(b) Akta tersebut.
 

Terma Rujukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

 

  1. Untuk menasihati Suruhanjaya tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;
     
  1. Untuk menasihati Suruhanjaya tentang dasar dan strategi Suruhanjaya dalam usahanya untuk membanteras rasuah;
     
  1. Untuk menerima, meneliti dan mengedorskan cadangan daripada Suruhanjaya ke arah perjalanan cekap dan berkesan Suruhanjaya;
     
  1. Untuk meneliti dan mengedorskan keperluan sumber Suruhanjaya untuk memastikan keberkesanannya;
     
  1. Untuk meneliti laporan tahunan Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawantankuasa Khas Mengenai Rasuah; dan
     
  2. Untuk mengemukakan ulasannya tentang perjalanan oleh Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah.


  Keanggotaan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)
 

  1. Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh
     
  2. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Hamid Bugo
     
  3. Profesor Ulung Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan
     
  4. Tan Sri Dato’ Seri Mohamed Jawhar Hassan
     
  5. Tan Sri Dato' Seri Megat Najmuddin bin Haji Megat Khas
     
  6. Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun
     
  7. Tan Sri Datuk Yong Poh Kon
     
  8. Tan Sri Ismail Adam
     
  9. Tan Sri Rashpal Singh a/l Jeswant Singh
     
  10. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim
     
  11. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
     
  12. Dato’ (Dr.) Anwar Fazal
     
  13. Tan Sri Dato' Dr. Michael Yeoh Oon Kheng
     
  14. Datin Halimah Mohd Said
     
  15. Tuan. Chelvarajah Ramasamy Reddiar

 

Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
Aras 7, Blok 6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
E-mel: sekretariat.lppr@sprm.gov.my
Tel: 03-88867018
Faks: 03-88889568

 

 

 


Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah


Jawatankuasa ini diwujudkan secara perundangan mengikut seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Ahli-ahli JKMR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mewakili parti pemerintah dan pembangkang. Peruntukan seksyen tersebut juga menetapkan tidak ada seorang pun Anggota Pentadbiran boleh dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas ini.

 

Terma Rujukan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
 

  1. Untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;
     
  1. Untuk memeriksa laporan tahunan Suruhanjaya;
     
  1. Untuk memeriksa ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah tentang perjalanan oleh Suruhanjaya akan fungsinya di bawah Akta SPRM 2009;
     
  1. Untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan Suruhanjaya dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

 

Keanggotaan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

 
  1. Y.B Tan Sri Abu Zahar Ujang
     
  2. Y.B Senator Datuk Doris Sophia Anak Brodi
     
  3. Y.B Dr. Tan Seng Giaw
     
  4. Y.B Dato' Irmohizam bin Ibrahim
     
  5. Y.B Dato' Fauzi Abd Rahman
     
  6. Y.B Dato' Takiyuddin bin Hassan
     
  7. Y.B Datuk Noraini binti Ahmad
     

 

Sekretariat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
Aras 7, Blok 6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
E-mel: sekretariat.jkmr@sprm.gov.my
Tel: 03-88867018
Faks: 03-88889568

 

 

 


Jawatankuasa Aduan


Jawatankuasa ini juga dibentuk secara perundangan mengikut seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 (Akta 694) dan pelantikan mereka dibuat oleh Menteri.

 


Terma Rujukan Jawatankuasa Aduan
 

  1. Untuk memantau pengendalian oleh Suruhanjaya akan aduan mengenai salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai Suruhanjaya; dan
     
  1. Untuk mengenal pasti apa-apa kelemahan dalam tatacara kerja Suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan dan jika difikirkannya sesuai untuk membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja Suruhanjaya sebagaimana yang difikirkannya patut.

     

Keanggotaan Jawatankuasa Aduan


  1. Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot
     
  2. Dato’ Ahmad Bin Said
     
  3. Datuk Muhammad Hatta bin Abd. Aziz
     
  4. Puan Hajah Rohani Binti Abdul Kadir
     
Sekretariat Jawatankuasa Aduan
Aras 7, Lot 3C4, Persiaran Perdana,
Presint 3
62675 Putrajaya
E-mel: sekretariat.ja@sprm.gov.my
Tel: 03-88905157
Faks: 03-88905153

 


Panel Penilaian Operasi


Panel Penilaian Operasi (PPO) diwujudkan secara pentadbiran dan ahli-ahlinya dilantik oleh Perdana Menteri dari kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dan mewakili badan-badan profesional yang bersesuaian serta individu yang berupaya memperlihatkan ketelusan dan kebebasan tindakan oleh Suruhanjaya.
 

PPO adalah mekanisme ‘check and balance’ terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakukan untuk didakwa atau ditutup.
PPO juga boleh mencadangkan kes dikaji semula sekiranya tidak berpuashati dengan penjelasan yang dikemukakan oleh SPRM.

 


Terma Rujukan Panel Penilaian Operasi

 

  1. Menerima dan meneliti semua aduan yang diterima oleh Suruhanjaya dan tindakan-tindakan yang diambil terhadap aduan berkenaan;
  1. Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas Siasatan yang mana tempoh siasatan melebihi tempoh 12 bulan;
     
  2. Menerima laporan daripada Suruhanjaya berhubung semua kes di mana Orang Yang Ditangkap yang dilepaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya melebihi 6 bulan;
     
  3. Menasihati dan memperakuMenerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung keputusan-keputusan Kertas Siasatan yang telah diperoleh dari Pendakwa Raya;
     
  4. Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas Siasatan yang dikemukakan kepada Pendakwa Raya dan tidak mendapat apa-apa keputusan selepas tempoh melebihi 6 bulan ke atas;
     
  5. Memberi pendapat berhubung tindakan-tindakan ke atas kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh;
     
  6. Meneliti, mengkaji dan memperakukan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berhubung cadangan untuk meningkatkan keberkesanan usaha pencegahan rasuah oleh Suruhanjaya; danMeneliti, mengkaji dan memperakukan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berhubung cadangan untuk meningkatkan keberkesanan operasi siasatan Suruhanjaya; dan
     
  7. Mengemukakan laporan tahunan dan ulasan PPO kepada Y.A.B. Perdana Menteri berhubung dengan perjalanan operasi siasatan Suruhanjaya.
     

 

Keanggotaan Panel Penilaian Operasi


  1. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Hamid Bugo
     
  2. Tan Sri Dato’ Seri Mohamed Jawhar Hassan
     
  3. Datuk Zamani Bin Abdul Ghani
     
  4. Datuk Azizah Bt Hj Arshad
     
  5. Dato’ Wan Abdul Wahab Bin Abdullah
     
  6. Profesor Dr. Normah Hj. Omar
     
  7. Dr. Sundramoorthy M. Pathmanathan
     
  8. Tuan Lim Chee Wee

Sekretariat Panel Penilaian Operasi
Aras 2, Blok 6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
E-mel: sekretariat.ppo@sprm.gov.my
Tel: 03-88887008
Faks: 03-88889489/90


 


Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah


Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) juga diwujudkan secara pentadbiran dan dianggotai oleh individu yang dilantik oleh Perdana Menteri mewakili pelbagai kumpulan masyarakat seperti ahli akademik, dewan perniagaan,
pakar media, aktivis sosial dan pertubuhan yang diyakini dapat membantu SPRM dalam mencapai matlamat mewujudkan masyarakat yang membenci rasuah di pelbagai sektor.
 

Terma Rujukan Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah

 

  1. Meneliti dan memperakukan kepada Suruhanjaya bidang tumpuan atau priority areas amalan, sistem dan tatacara kerja di sektor awam dan swasta yang membuka ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah;
     
  1. Meneliti dan menambah baik laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya berhubung dengan perakuan bagi menutup ruang dan peluang jenayah rasuah berkembang di sektor awam dan swasta;
     
  2. Membentuk dan menggubal amalan baik (best practices) dalam bidang-bidang tumpuan dari semasa ke semasa;
     
  3. Menasihati dan memperakukan kepada Suruhanjaya berhubung keberkesanan pelaksanaan program penerangan dan perhubungan masyarakat serta kempen-kempen ke arah meningkatkan kesedaran tentang jenayah rasuah dan mendapatkan sokongan mereka;
     
  4. Memantau dari semasa ke semasa sikap dan persepsi umum masyarakat terhadap rasuah dan usaha yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya dan mengesyorkan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan;
     
  5. Membantu Suruhanjaya sebagai key communicator dalam meraih sokongan masyarakat, pihak media dan sektor-sektor yang dikenal pasti terhadap usaha-usaha pencegahan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya;
     
  6. Meneliti, mengkaji dan memperakukan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berhubung cadangan untuk meningkatkan keberkesanan usaha pencegahan rasuah oleh Suruhanjaya; dan
     
  7. Mengemukakan laporan tahunan, ulasan dan cadangan PPPR kepada Y.A.B. Perdana Menteri berhubung dengan pencapaian aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya.
     

 

Keanggotaan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah


  1. Tan Sri Johan Jaaffar
     
  2. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Lim Kok Wing
     
  3. Datuk Dr. Marimuthu Nadason
     
  4. Dato’ (Dr.) Hussamuddin Bin Haji Yaacub
     
  5. Dato’ Profesor Dr. Engr. Chin Yew Sin
     
  6. Dato’ Zuraidah Atan
     
  7. Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz
     
  8. Dato’ Khalid Bin Ibrahim
     
  9. Dato’ Sharifah Binti Mohd Ismail
     
  10. Dato’ (Dr.) Anwar Fazal
     
  11. Profesor Dr. Syed Noh Syed Ahmad
     
  12. Profesor Madya Dr. Ismail Sualman
     
  13. Tuan Walter Sandosam
     
  14. Tuan R. Nadeswaran
     
Sekretariat Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah
Aras 4, Blok 6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
E-mel: sekretariat.pppr@sprm.gov.my
Tel: 03-88867014
Faks: 03-88889527


 

 

 


Pengumuman

  • Pengumuman - Sebut Harga SPRM/SH(A)/2015 - Sebut Harga Bagi Pembangunan, Pemasangan, .. Baca Lanjut
  • Tender SPRM 02/2015 - Tender Membekal, Menghantar , Mentauliah, Menguji Dan Menyenggara (Dalam .. Baca Lanjut
  • Tender SPRM 01/2015 - Tender Membekal, Menghantar ,Mengkonfigurasi, Menguji Dan Mentauliah .. Baca Lanjut

Style Switcher

Predefined Colors

Layout Style

Background Image

Background Color

Reset