script not supported






























 
Bahasa Malaysia |
content layout space2
Smaller Text
Normal Text
Bigger Text
content layout space2
circle grey
circle blue
circle green
circle red
Logo
  • Pengumuman - Sebut Harga SPRM 12/2014 - Memperbaharui Lesen Peralatan Keselamatan Rangkaian ICT Bagi Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...
    >> Baca
  • Pengumuman - Sebut Harga SPRM 11/2014 - Menyelenggara, Menghantar, Menguji, Menyedia, Memasang dan Mentauliah Sistem Pencegahan Kebakaran (Fire...
    >> Baca
  • Pengumuman - SPRM/T/03/2014 - Tender Membekal, Menghantar, Memasang Dan Menguji Peralatan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Bilik Gerakan Operasi...
    >> Baca
 

Soalan JKTU

(Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi talian 03-88900613)
  • 1.
    Perlukah pihak urus setia JKTU di kementerian/Setiausaha Kerajaan Negeri mengedarkan pelaporan mesyuarat di peringkat Jawatankuasa Kerja kepada pihak Urus Setia JKTU Kebangsaan?

    Tidak perlu. Urus Setia JKTU Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri hanya perlu mengedarkan Laporan Maklumbalas Mesyuarat JKTU Peringkat Kementerian/Setiausaha Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri/Menteri Besar/Ketua Menteri.

  • 2.
    Bilakah Mesyuarat Jawatankuasa Kerja perlu diadakan

    Mesyuarat Jawatankuasa Kerja perlu diadakan sebelum Mesyuarat JKTU Kementerian/Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana pelaporan perlu diedarkan dua minggu sebelum Mesyuarat JKTU Peringkat Kebangsaan diadakan.

    Mesyuarat JKTU Kementerian mesti diadakan pada minggu pertama bulan Januari, Mei dan September agar pelaporan kepada Penyelaras JKTU boleh diedarkan sebelum minggu kedua bulan yang sama.

  • 3.
    Kenapa Arahan YAB Perdana Menteri Siri 2 hingga 7 masih terpakai sedangkan Arahan Induk YAB Tahun 1998 dibatalkan

    Arahan Siri 2 hingga 7 ini adalah merupakan penjelasan dan tatacara pelaksanaan terma-terma rujukan yang juga digunapakai dalam JKTU

  • 4.
    Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada mana-mana Kementerian/Negeri yang tidak menubuhkan JKTU

    Pelaporan akan dikemukakan dalam mesyuarat JKKMKPK yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dimana tindakan akan diputuskan berdasarkan keputusan Mesyuarat tersebut. Pasukan Pemantau Integriti (3PI) akan mengadakan naziran dan pemantauan ke Kementerian dan Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.

  • 5.
    Apakah Kementerian/SUK Negeri perlu lakukan jika memerlukan taklimat berkenaan JKTU

    Sila hubungi Ketua Urus Setia Penyelaras JKTU di alamat  Bahagian Keutuhan Pengurusan (BKP), Aras 7, Bangunan 26 Boulevard, Presint 3, 62675 Putrajaya. Atau menghubungi nombor talian 03-88900613.

  • 6.
    Sekiranya tiada apa-apa isu yang hendak dilaporkan, perlukah pelaporan dikemukakan kepada Penyelaras JKTU

    Jika tiada isu untuk diketengahkan, JKTU Kementerian/JKTUKN boleh mengemukakan “Best Practices” yang diamalkan untuk dikongsi bersama.

  • 7.
    Sekiranya JKTU Kementerian dikendalikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan bukan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Terkanan di Kementerian, siapakah yang wajar menjadi pengerusi ganti kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja JKTU Kementerian.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerja JKTU Kementerian mestilah KSU dan sekiranya beliau tidak dapat mempengerusikan mesyuarat tersebut maka Timbalan Ketua Setiausaha Terkanan akan menggantikan beliau bagi mempengerusikan mesyuarat.

  • 8.
    Adakah perlu setiap terma disediakan pelaporan dan apa beza pelaporan maklumbalas JKTU antara Bahagian A dan Bahagian B

    Sekiranya terdapat isu bagi setiap terma, maka pelaporan perlu disediakan. Manakala pelaporan di dalam Bahagian B adalah memfokuskan kepada usaha-usaha pembaharuan dan pencegahan untuk meningkatkan aspek integriti yang mana tidak ada dilaporkan dalam mana-mana terma rujukan JKTU.
     

  • 9.
    Sejauh mana JKTU dapat mengatasi masalah karenah birokrasi dalam jabatan

    Sekiranya arahan ini dilaksanakan, diyakini karenah birokrasi dapat diatasi kerana terma rujukan yang ditetapkan telah merangkumi semua aspek dalam sistem penyampaian perkhidmatan jabatan

  • 10.
    Selepas Mesyuarat Urus Setia JKTU Peringkat Kebangsaan, ke manakah keputusan-keputusan mesyuarat akan dipanjangkan

    Keputusan Mesyuarat akan dibentangkan/ dimaklumkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK)

  • 11.
    Apakah matlamat penubuhan JKTU

    Agar usaha-usaha meningkatkan integriti, tadbir urus baik dan tiada karenah birokrasi dilakukan secara dalaman dan menyeluruh oleh Kementerian dan Kerajaan Negeri.

  • 12.
    Mengapa pelaporan perlu disediakan setiap suku tahun tetapi mesyuarat diadakan tiga (3) kali setahun

    Mesyuarat diadakan 3 kali setahun berbanding 4 kali sebelum ini bagi membolehkan Kementerian/SUK untuk menyiapkan pelaporan yang berkualiti untuk setiap kali mesyuarat

  • 13.
    Mengapa terdapat terma rujukan JKP yang digabungkan seperti, Nilai-Nilai Murni dan Etika serta Kod Etika,  Tindakan Pengesanan, Punitif dan Tindakan Pemulihan digabungkan masing-masing menjadi satu terma rujukan di dalam JKTU iaitu Nilai-Nilai Murni dan Kod Etika serta Tindakan Pengesanan, Punitif dan Pemulihan. Kerana ianya merupakan satu proses yang saling berkaitan antara satu sama lain dan perlu diambil tindakan secara bersekali
  • 14.
    Perlukah ditubuhkan/dirombak jawatankuasa baru di Kementerian atau Kerajaan Negeri? Boleh menggunakan Jawatankuasa sedia ada atau menubuhkan Jawatankuasa yang baru
  • 15.
    <p> Apakah perbezaan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP)&nbsp; dengan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU)</p>
    • Terma rujukan yang diperkemaskan dari 8 menjadi 7
       
    • Wujudnya Jawatankuasa Kerja di peringkat Kementerian
       
    • Pengerusi di peringkat Kementerian adalah Menteri yang dahulunya KSU
       
    • Mesyuarat diadakan 3 kali setahun berbanding 4 kali sebelum ini bagi membolehkan Kementerian/SUK untuk menyempurnakan tempoh penyiapan pelaporan bagi setiap suku tahun
       
    • Ditambah satu lagi Pasukan Khas Perunding JKTU dari 3 menjadi 4 iaitu PKPJKTU IV-JPM
       
    • Terdapat pelaporan yang khusus berhubung dengan usaha-usaha meningkatkan aspek integriti
       
    • Keahlian dan terma rujukan bagi setiap Jawatankuasa dinyatakan secara lebih jelas dalam Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009.


     

  • 16.
    Apa perbezaan antara Mesyuarat Jawatankuasa Kerja JKTU yang dipengerusikan oleh KSU/SUK dengan Mesyuarat JKTU yang dipengerusikan oleh YB Menteri/ YAB Menteri Besar/ YAB Ketua Menteri dan apakah isu yang dibawa di dalam kedua-dua mesyuarat ini&nbsp; sedangkan keahlian adalah pegawai yang sama

    Mesyuarat Jawatankuasa Kerja akan membincangkan semua isu-isu yang dibangkitkan oleh agensi di bawah Kementerian/Kerajaan Negeri dan menyelesaikan isu yang tertakluk di bawah bidang kuasa KSU/SUK.

    Jawatankuasa Kerja juga berperanan untuk meneliti mana-mana isu yang perlu dibawa ke peringkat Mesyuarat JKTU khususnya isu yang melibatkan terma dasar dan perundangan atau isu yang memerlukan keputusan dasar.

    Mesyuarat JKTU akan menyelesaikan/membuat keputusan  terhadap mana-mana isu yang tidak boleh diselesaikan di peringkat Jawatankuasa Kerja.
     

 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 6000
62007 Putrajaya

telephone number +603 8886 7000 / 1-800-88-6000
fax number +603 8888 9562
Saluran aduan/menyalur maklumat?
telephone number  1-800-88-6000 / +603 8886 7000
Hits | Hari Ini: 2516 | Minggu Ini: 17104 | Bulan Ini: 668371 | Tahun Ini: 4244401 | Keseluruhan: 7685784
Paparan menarik, sila gunakan Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan saiz resolusi skrin 1024x768 piksel.