Kajian ini adalah untuk mengukur tahap keberkesanan program-program antirasuah yang dianjurkan oleh pihak SPRM terhadap peserta yang hadir program seluruh Malaysia.
Portal Perisytiharan Harta adalah platform memaparkan perisytiharan harta Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen kepada umum bagi membuktikan ketelusan dan keterbukaan kerajaan. Antara maklumat yang dipaparkan adalah jumlah pendapatan bulanan dan jumlah aset Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen. Maklumat ini boleh diakses dengan mudah oleh orang awam secara atas talian.
Portal Aduan Rasuah merupakan satu platform bagi orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ianya dibangunkan khusus bagi membolehkan maklumat diurus dengan lebih cekap, teratur dan telus ke arah meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pengurusan maklumat di SPRM. Pemberi maklumat yang dikenalpasti dan boleh dihubungi akan dimaklumkan status maklumat yang mereka kemukakan melalui sistem ini.