Kenyataan Media

Terima Watikah Pelantikan Sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki telah menyampaikan watikah pelantikan kepada YBrs. Adrain Jerome Karuna Devan sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) yang baharu berkuatkuasa selama 3 tahun bermula 1 Februari 2024 hingga 31 Januari 2027, hari ini. 

Lantikan ini bagi menggantikan YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman yang meletakkan jawatan pada 4 Disember 2022. 

Beliau berkelulusan BA (Hons) International Relations Subsidiaries in Psychology and Environmental Protection & Pollution dari University of Keele, United Kingdom dan berpengalaman luas dalam aktiviti pencegahan jenayah sebagai mantan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kuala Lumpur.

JKA ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ (Dr) Asariah binti Mior Shaharuddin dan ahlinya terdiri daripada YBhg. Dato’ Dr Tam Weng Wah, YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah binti Hj Mohd Awal dan YBhg. Datuk Ruziati binti Mior Ahamad Ariffin. 

Pelantikan JKA adalah selari dengan perundangan mengikut Seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang fungsinya untuk memantau pengendalian SPRM tentang aduan salah laku pegawai SPRM yang tidak bersifat jenayah.  

JKA adalah salah satu daripada lima badan pemantau bebas iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan Panel Penilaian Operasi (PPO).

SPRM adalah agensi penguatkuasaan pertama di Malaysia yang mempunyai badan bebas yang bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
8 MEI 2024

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |