BAHAGIAN Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes Op Taufan melibatkan Aman Palestin.
Wanita tersebut, Bensir Begam Binti Ahmad Basheer, 42, mempunyai alamat terakhir di No 42A Jalan Seri Damai 1, Taman Seri Damai, 43000 Kajang, Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Ps Salvinder Singh a/l Amrik Singh di talian 03-88911636/013-2553131 atau email kepada salvinder@sprm.gov.my.
9 FEBRUARI 2024