Berita Menarik

Latihan Pengukuhan “Liabiliti Korporat Seksyen 17A Akta SPRM 2009” Peringkat LKPP Corporation Sendirian Berhad (LCSB)

INDERA MAHKOTA, 8 Mei – LKPP Corporation Sendirian Berhad (LCSB) dengan kerjasama SPRM Negeri Pahang telah menganjurkan Bengkel Latihan Pengukuhan Antirasuah yang melibatkan 61 orang terdiri daripada Pengurus Bahagian, Penasihat Peladangan, Pengurus Ladang, Pengurus Kilang serta Eksekutif bertempat di Kompleks SPRM Negeri Pahang.


 

Ia adalah komitmen organisasi selaras dengan pensijilan MS ISO 37001 – Anti-Bribery Management System (ABMS) yang telah dibangunkan oleh LCSB.


 

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada KPKPj Hairuzam bin Mohmad Amin @ Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang. Beliau menzahirkan ucapan tahniah kerana LCSB berjaya melaksanakan program ini sebagai usaha untuk membanteras rasuah dalam organisasi.


 

Program diteruskan dengan sesi taklimat bertajuk “Seksyen 17A Akta SPRM 2009, Liabiliti Korporat Prinsip Organisasi Komersial” disampaikan oleh KPKPs Mohamad bin Hussain. Para peserta diingatkan mengenai kesalahan Seksyen 17A adalah jenayah rasuah yang sangat berat melibatkan organisasi dan implikasi ini sangat besar terhadap syarikat.


 

Bengkel diakhiri dengan perkongsian pendapat dan idea daripada para peserta berkenaan risiko-risiko rasuah dan elemen-elemen pencegahan rasuah.


 

Turut hadir, Tuan Haji Shahrumzaki bin Hassan, Pengurus Besar LCSB.

Hit : 303