Berita Menarik

Bual Bicara Cakna Isu Perolehan Dan IBR Peringkat Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang

INDERA MAHKOTA, 24 April  – SempenaSambutan Hari Bumi 2024, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang dengan kerjasama SPRM Negeri Pahang telah menganjurkan Program Bual Bicara Cakna Isu Perolehan sebagai usaha meningkatkan kefahaman warganya mengenai risiko isu ketirisan dalam sektor perolehan.


Program yang dihadiri seramai 78 orang pegawai dan kakitangan JAS telah diadakan di Dewan Mutiara, Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang.


Program dimulakan dengan sesi Bual Bicara Anti Rasuah oleh KPKPs Mohamad bin Hussain dari Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Pahang berkaitan isu perolehan melibatkan tatakelola organisasi dan salah laku pegawai yang sering berlaku dalam sektor awam.


Turut dikongsikan adalah contoh-contoh kes rasuah berkaitan isu perolehan yang telah didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Malaysia.


Program diakhiri dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diketuai oleh Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Negeri Pahang dan disaksikan oleh PPj Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang.


Turut hadir adalah warga JAS Cawangan Temerloh, Cawangan Cameron Highlands, Cawangan Rompin dan Cawangan Gebeng.


Hit : 469