Berita Menarik

KIAR Siri 1 Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Dan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kelantan

KOTA BHARU, 17 April - Satu seminar Kursus Intergriti dan Anti Rasuah (KIAR) Siri 1 anjuran Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP)  dan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) telah berlangsung di Dewan Kuliah 1, PPSP, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kelantan.


Sesi seminar telah disampaikan oleh PsK Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan berkaitan Modul 2-  Integriti Teras Kesejahteraan, Modul 3-Rasuah Dihina, Maruah Dibina, Modul 4- Agensi Pencegahan Rasuah dan Pemerkasaan Integriti.


Seramai 140 mahasiswa dari PPSP dan 70 orang mahasiswa dari PPSG Tahun 1 Semester 2 peringkat Ijazah telah menghadiri sesi pembelajaran.


Para mahasiswa juga di ingatkan untuk menerapkan perasaan benci rasuah dan pentingnya nilai integriti dapat melahirkan generasi muda kelas pertama yang bebas rasuah.



Hit : 431