Berita Menarik

Program Pengukuhan Integriti, Antirasuah serta Majlis Ikrar Bebas Rasuah Pejabat Perikanan Negeri Melaka

MELAKA, 9 Mei - SPRM Negeri Melaka dengan kerjasama Pejabat Perikanan Negeri Melaka telah menganjurkan Program Pengukuhan Integriti dan Antirasuah, serta Majlis Ikrar Bebas Rasuah bersama Pejabat Perikanan Negeri Melaka.


Program dimulakan dengan ceramah integriti yang disampaikan oleh Ketua Unit Integriti Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya serta taklimat ringkas dan tayangan montaj Ikrar Bebas Rasuah daripada SPRM Negeri Melaka.


Dalam sesi tersebut, peserta diberi pendedahan berkenaan risiko salah guna kuasa, jenayah rasuah terutamanya dalam urusan perolehan dan bekalan. Peserta turut diberi peringatan mengenai kesalahan rasuah yang sering terjadi dan bagaimana penerimaan hadiah boleh membuka ruang kepada kesalahan ini.


Program diakhiri dengan sesi Ikrar Bebas Rasuah oleh warga kerja Pejabat Perikanan Negeri Melaka yang diketuai oleh Pengarah Perikanan Negeri Melaka, Encik Saufi Affandi bin Talib dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Melaka, PPj Dzul Azmi bin Yahya.


Hit : 407